Monday, June 29, 2009

MAKAN DURIAN DENGAN BERGAYA

semalam ada orang teringin nak makan durian, pusing dan ronda kat pekan pauh, ada sorang pakcik jual durian, sekilo 3 hengget, dah lama aku tidak terlibat dengan transaksi jual beli durian ni.... dan inilah hasil durian tersebut bersama model part time tak berbayar...



UMPAN

umpan? hehehe cerita ini untuk orang yang sudah berkahwin sahaja... umpan ini sangat seswai digunakan bila anda baru pulang dari outstation 3 4 hari. untuk lebih kesan dramatik, sila gunakan buah rambutan yang bersemut, kacang cerdik juga boleh digunakan. hmmm korang tau?



MAKAN TENGAHARI DI KOTA BHARU


salah satu hari dari beberapa hari di Kota Bharu, kami memutuskan untuk mencuba makanan di luar, maksud aku luar hotel i.e rostoran biasa... sambil menghirup udara rembang di bandar Cik Siti Wan Kembang ini. kami memilih restoran Hoover. restoran ini terletak di tgh2 bandar KB, dimiliki oleh cina dan orang melayu tumpang berniaga makan didalamnya. ini pun antara benda2 unik yang kita bole tengok di Kota Bharu, orang cina dan melayu boleh berkongsi niaga dalam satu kedai.
sori la abe jak, lapar tahap gaban telah melupakan kawe untuk snap gambo sebelum makan, selapas mentekedarah baru kawe perasan kawe ada kamera, hehehehe.
tengok la saeng abe jak ni... kalo korang tengok pinggan memang banyak, tapi tengok la pulak orang yang makan nya.... huhuhu no komen! menu hari ni, gulai ayam kampung, ayam kampung goreng, telur penyu, gulai tenggiri, udang masak cabai, limpa goreng garing.... tu je antara aku ingat, sumer sekali rm114! ermmmm mabeles!!!!
p/s makan tghari kami di taja oleh Ustak Sukeri dari PJK, hehehe timokasey la, sampai KB kami roger lagi....

beberapa hari di Kota Bharu

minggu lepas, kami beberapa orang melepak di Riverview Kota Bharu beberapa hari, hotel ni dulu nama Diamond Puteri ek?... seberapa lama dulu aku ingat kawasan agak top, dengan Hankyu Jaya, skang dah takde, dah tuko kut.

Dah lama aku tak melepak kat KB, time balik kampung pun bukan nak gi pun, maklumla KB ni kalau musim cuti sekolah, sesak teruk! hmmm bayar upah pun aku tak gi! balik cerita asal, kami ada seminar di hotel tersebut untuk beberapa hari, jadi ni la peluang untuk aku memercikkan rindu pada suasana dan budaya yang pernah ku alami di suatu ketika dahulu. bukan setakat suasana, aku juga merindui masakannya.... hmmmmmm mabeles!!! seb bek masakan hotel pun ada ala2 kelantan, so kira puas ati gak la.
dalam perjalan ke KB dengan kereta Proton GenGen... member gusar tahap gaban memikirkan nak meninggalkan anak, ops yang sbenanrya anak mak mertua.... hehehe
dah masuk Kota Bharu, ni sekitar Jalan Wakaf Mek Zainab.

sepanjang seminar di Riverview, consultan tahap gaban jadi penceramah, aku berani kata, kalau aku bagi cerama lapanbelas kali lebih bagus, bukan nak belagak tp hakikat, sampai urusetia tak tahan dengar komen peserta dan urusetia terpaksa menghentikan slot2 berikutnya dan digantikan dengan slot lain. depa ni terlalu muda, budak2 baru grad, dari segi tu aku respek. tapi aku rasa belum sampai masa untuk ke tahap ini.
teman setia sepanjang seminar, kalu operate perut aku aku rasa kaler perut aku dah bertukar kaler oren....
Jaafar Rawas... orang kelantan kalau tak tau tempat ni saje je. ni la tempat membeli belah kitab-kitab dan buku-buku. juga menjual jubah, kain sembahyang, kurta (askrain suka tmpt ni).
p/s; aku termiss nasi kak wok untuk trip ni, duk dalam kepala dah, tapi tak kesampaian, tak lupa juga nasi ulam.

Friday, June 12, 2009

penghujung cuti sekolah

pejam celik dah nak habis dah cuti sekolah, sempat balik kampung, sempat jaga anak2 masa ibu masuk wad. dan yang pasti dah dekat 2 minggu tak jadi supir hantar anak-anak gi sekolah. dan dekat dua minggu juga situasi seperti dibawah tidak berlaku. hehehehe, pagi-pagi sebelum pi sekolah sementara tunggu baba siap, depa akan layan cartoon network dulu, tengok la si kakak dengan remote di tangan!

Abang Syauqi, pakai baju je mesti nak masuk dalam, eh awat nampak cam selim jer dalam gambo ni bang?

ini masa kat my hometown Padang Luas, Besut. kakak kenen sepek itam abang yang baru beli ceria changlun. terpaksa g ceria kat jerteh lak nak cari satu lagi untuk dia.

Wednesday, June 3, 2009

ronda-ronda masuk angin keluar asap

ari ni aku cuti lagi. ingat nak balik manjung n jerteh, tapi gayanya boleh balik ke jerteh saja kut esok. beberapa aktiviti sempat buat hari ni:-
1. survey harga tayar 15" 55siri sekitar alor setar, falken, advan neova, potenza, my01, BF baguskaya (goodrich) antara menjadi jenama pilihan, rege bermula rm170 hingga rm290 sebijik.... perkh bole tahan rege tayar sekarang. kalaula aku bley buat tayar sendiri ngan getah sekerap mak aku tu... huhuhu aku pun dah kaya la ni.
2. survey hafkat, paling jauh p sampai tandop, jumpa hafkat EK4 manual (cina tu sebut maniul!) ngan bodikit 96 toke tu buka rege rm8k. dan yang paling buat jiwa aku kacau dan jiwaku pernah kacau kerananya bila toke tu kata ada satu lagi hafkat dengan spec ; spoon ecu (ramai kata, ini chip jeee...), exractor jasma, arc air ram n filter, hks hi-lo soft hard dpn shj.... krrr krrr krrr korang rasa berapa patut rege ni? huhuhu lututku dah mula goyang.... oh tuhan, tabahkanlah hatiku ini...