Monday, August 31, 2009

apa beza RON97 dengan RON95?

pertama sekali harga memang berbeza! dan sudah pastinya pada logik akal kita yg marhaen nih bende yg lagi mahal bermaksud lagi bagus kan? hmmm betul gak tuh.

RON atau RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda. Ini bermakna rating yang lebih tinggi iaitu 97 lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan manakala RON95 adalah lebih senang untuk dinyalakan.

Kenapa wujudnya minyak yang mempunyai rating tinggi? Minyak yang mempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yang berprestasi tinggi seperti kereta sport dan kereta lumba. Ini adalah untuk mengelakkan letupan pra matang; bermaksud letupan sebelum nyalaan spark plug,juga dikenali sebagai KNOCKING.
Knocking boleh terjadi oleh beberapa sebab iaitu compression engine yang terlalu tinggi,nyalaan spark plug terlalu awal (advance ignition) ataupun campuran angin dan minyak yag terlalu panas. Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan Knock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secara automatic akan melambatkan nyalaan spark plug(retard ignition) untuk mengelakkan nyalaan pra matang atau knocking

Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yang tinggi.Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang masih lagi boleh menggunakan minyak RON92. Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded(tanpa plumbum) ataupun leaded(plumbum).

Selain di dalam buku panduan,anda juga boleh melihat stiker Octane Rating minimum di lid penutup minyak anda.

sumber
Honda sendiri telah memberi jaminan bahawa semua model keretanya boleh menggunakan minyak RON95 kerana spesifikasi minimum bagi kesemua model Honda adalah RON92.
pengalaman aku sendiri menggunakan RON95 ni agak lembap sket berbanding RON97 dan apa yg paling mengecewakan pakcik ialah V-POWER telah dilupuskan penjualannya di kebanyakkan tempat, hanya sebilangan tempat tertentu yang amat terbatas masih menjualnya dengan harga yang masih belum diumumkan. p/s memang power beb v-power, terasa pick-up dia.

Labels:

HADIAH 1 MALAYSIA

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai jam 12 malam ini.
Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

untuk makluman juga, minyak RON95 sebenarnya bukanlah minyak yg baru, tp ia minyak yg diperturunkan grednya dan dijual dengan harga asal RON97.
apa beza RON97 dengan 95? hmmm ... sat teman wat entri lain....
sumber - malaysiakini.

Labels:

Friday, August 28, 2009

Ustaz Ismail Kamus kembali ke Rahmatullah?


semlm dapat text kawan-kawan bagitau kata ustaz Ismail Kamus meninggal dunia... masyaAllah, betul ka? setau aku semalam yang meninggal sahihnya ialah Prof Ismail Salleh, dalam penerbangan di singapura. hmmm aku diamkan saja text itu sehingga aku dapat berita sahih. aku tak berani nak forward kan text tersebut. sambil2 tu aku cuba cari maklumat dari internet. hmmm pagi td selepas subuh dapat lagi text dari kawan, berita yang sama, cuma ayat berlain sket, dan bunyinya mcm real dan betul. aku cuba lagi google apa2 yang patut. hmmm sah, berita itu palsu semata2... keluarga beliau telah menafikan dan dari maklumat yang aku dapat, beliau sekarang berada di mekah menunaikan umrah dan may be hari ini balik la.

dari maklumat yang aku baca juga ada imam-imam di beberapa buah masjid ni negara kita telah membuat pengumuman ini semasa solat terawih. huhuhuhu sungguh kasihan aku pada imam-imam ni, kerana telah menyebarkan berita palsu atau dalam erti kata lain fitnah. sayyidina Umar bermati-matian dan akan membunuh sesiapa sahaja yang membawa berita kemangkatan Rasulullah, sebaliknya dengan kita, tanpa rasa tanggungjawab, forward sahaja, kununnya kita dapat info terkini la tu! tapi kita silap apabila tidak menyiasat berita tersebut terlebih dahulu. Rasulullah pun berpesan kepada kita apabila menerima sesuatu maklumat atau berita, siasat dahulu sama ada sahih atau tidak. semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. sekadar renungan dari hamba yang hina.

Wednesday, August 26, 2009

salam ramadhan

baru je tiba dari manjung ptg ini, setelah beberapa hari berkampung di lekio dan padang luas. penat amat masih terasa, kemengantukan membuatkan perjalanan agak tidak lancar, beberapa kali terpaksa berhenti dan menukar pemandu simpanan juga beberapa kali! lama sungguh tak update , berikan teman sedikit masa untuk menghilangkan keletihan ini sebelum mendapat idea2 baru.

Wednesday, August 19, 2009

Fakta Mengenai Rokok

tidak ramai orang perasan berkenaan fakta ni... (sekadar terbaca...) rasanya boleh la d kngsi kalau tak sedikit, banyak ni la!

1.Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap.

2.Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil uk... uk...

3.Tidak ada perokok pasif yang cuba sedut-sedut asap rokok yang dihembus, mesti diorang cuba tahan nafas atau tutup hidung.

4.Perokok berbau wangi? Erk...

5.Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk -lebih awal, dari mereka yang tidak merokok.

6.Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan.

7.Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca. Perokok tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih bertaik mata dan bertaik gigi.

8.Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum jugak.

9.Tidak ada orang jadi jutawan dengan jadi penagih rokok, melainkan kalau dia jadi tokey syarikat rokok.

bak kata nabil, lu pikir la sendiri!!!

Friday, August 14, 2009

layan headbanging

WELCOME HOME (SANITARIUM)

Welcome to where time stands still
no one leaves and no one will
Moon is full, never seems to change
just labeled mentally deranged
Dream the same thing every night
I see our freedom in my sight
No locked doors, No windows barred
No things to make my brain seem scarred

Sleep my friend and you will see
that dream is my reality
They keep me locked up in this cage
can't they see it's why my brain says Rage

Sanitarium, leave me be
Sanitarium, just leave me alone

Build my fear of what's out there
and cannot breathe the open air
Whisper things into my brain
assuring me that I'm insane
They think our heads are in their hands
but violent use brings violent plans
Keep him tied, it makes him well
he's getting better, can't you tell?

No more can they keep us in
Listen, damn it, we will win
They see it right, they see it well
but they think this saves us from our Hell

Sanitarium, leave me be
Sanitarium, just leave me alone
Sanitarium, just leave me alone

Fear of living on
natives getting restless now
Mutiny in the air
got some death to do
Mirror stares back hard
Kill it's such a friendly word
seems the only way
for reaching out again.




ada rasa ringan pala?

Thursday, August 13, 2009

ASRI RABBANI 'PERGI TAK KEMBALI'

salam ikhlas penuh ukhuwwah, hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian sebutir permata di persada nasyid tanahair. di usia 40 tahun beliau telah meninggalkan kita semua di bumi yang fana ini. sumbangan allayarham dalam bidang dakwah amat besar dan tidak ternilai. mula-mula saya diperkenalkan kepada asri dalam album junjungan rasulullah, semasa minggu suaikenal Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). dendangan beliau amat menyentuh hati dan perasaan sehinggakan setiap kali terdengar dendangan beliau, ia menarik dan melayangkan memori saya ke zaman silam tersebut. blog allayarham mendapat hit yang mendadak hari ini kerana berita ini, itulah saja antara kenangan yang beliau tinggalkan .

allayarham bukan sahaja mampu mendendangkan nasyid dengan gaya tersendiri, malah allayarham juga mampu mengalunkan ayat suci al-quran dengan bagus sekali. kumpulan nasyid yang telah mengangkat nama beliaupada ketika itu ialah Nadamurni, seterusnya meneruskan perjuangan bersama kumpulan Rabbani, yang melayakkan allayarham untuk merangkul beberapa anugerah. sudah ketentuan Ilahi, ajalnya pada hari ini, semasa rakaman program 'Syahadah' di Angkasapur RTM... al Fatihah buat allayarham semoga beliau dtempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah...

Wednesday, August 12, 2009

CELCOM PREPAID BROADBAND

letih weh layan tenet poli, slow banget seh, aku tanya pusat komputer depa kata dah asingkan line antara staff dan student. asing? huh kalau dah asing pun begini kalau tak asing aku xleh bayang la... slow sangat dan kadang tu takleh langsung! dan juga kalu line pensyarah pun mcm ni apa lagi la student yg hanya guna wifi, baek la takyah guna, wat sakit ati jer. dan sakit punye pasal aku belasah celcom berokben prepaid nye starter pack. 25 hengget saja woh, leh layan online 7 hari 7 malam tanpa tido dan makan minum, itupun kalau tak mati la... heheheheeh akhirnya berbekalkan henset tua ku yg usang, aku setup jadi modem, (kalau nak beli usb modem, 188 hengget tu!) dan dengan bantuan software nokia pc suite, dapat juga la aku melayari "percikan rindu..." leh gak la udpate pape yg patut. ni la hasilnya.... nak amik gamba gajet takleh pasal enset yg jadi kamera aku tuh dah bertukar menjadi modem! huh! akibat itu juga henset ku hanya mampu bertahan 3 jam sahaja untuk bateri yg baru dicas malam tadi. bole tahan gak ek kuat dia makan bateri.

ini print screen dari pc aku,

Sunday, August 9, 2009

KUIH RAYA 2009 SEDIA UNTUK TEMPAHAN!

TORA DATANG LAGI DENGAN BISKUT..... HEHEHEHE
KUIH raya daaa... ni special buat orang2 perlis dan yang sewaktu dengannya.... yg jauh2 tu susah sket lor, sebab delivery cost...he he.... dijamin suci, halal dan yang paling penting sekali.... SEDAP!!

OAT RAISIN COOKIES (RM19/40 BIJI)
ALMOND SHORTBREAD COOKIES (RM19/40 BIJI)
HAZEL SHORTBREAD COOKIES (RM19/40BIJI)

ALMOND LONDON COOKIES (RM22/50 BIJI) yg ni memang special, badam sebiji! no potong2! badam bersalut cokelat yg tebal, tak kedekut cokelat!

TAT NANAS (RM21/50 BIJI)
- yg ni memang best seller!!! tak caya boleh try order.... aku dulu memang cukup tak reti nak makan tat. tp bila cuba tat ni... ermmmm enak sungguh weh sesuai dengan bau dia cukup harum sungguh!

kuih muih ni sumer bukan aku yg wat sendiri, order nak tulung kengkawan, takkan nak makan sedap sorang2 kan?....... ;)
SESAPA YANG NAK ORDER BOLEH LA CONTACT JUE (0195782117) ATAU EN. ADANZ (0195712117)

Labels:

Friday, August 7, 2009

123456789

Tengok dalam blog PB dari baru perasan... ari ni 07.08.09 tepat jam 12:34 minit 56 saat...

susah dah nak berulang ni bila2 12:34.56.07.08.09

ini takkan berlaku lagi dalam hidup anda... hmmm

kredit untuk pulutBakar atas peringatan...

ISTILAH PERELIH VS PADELUAH

setelah beberapa tahun aku hidup mencari makan di bumi Perelih (PERLIS) ini, aku telah mempelajari banyak mende, terutama budaya dan cara hidup orang sini. aku seronok tinggal di sini sebab ermmmm.... jalan xdak jem kluaq umah teruih hewey sampai kangar, ampa jangan kelentong la kata alasan lmbt sebab jem la apa. citarasa makanan di sini juga boleh diterima oleh tekakku ini.
aku cuma nak sebut beberapa istilah yang aku telah pelajari hasil sosialisasi dan asimilasi dengan budaya setempat.
ini istilah2 khas di perelih dan terjemahan mengikut loghat padeluah, iaitu sebuah megalopolis di republik of Besut.
belutin = belengah betih
bekoit = paghe
mentenaik = lek nnaik
menyatuh = lek jjatuh
gedong = hospital
moi = nasi air
rimbuk = timbuk , gomo
gelema =ghiyyok
damuih = cemar
randuk = ngarong
jahama = quran kecik
meghela = gelenya
ghembang = tengohari bbole/buto
celuih = muat
deriyan benggala = soursoup
dan yg aku kagum juga ialah loghta padeluah juga sama istilah di gunapakai diperelih ini, mungkin sebutan sedikit berlain tapi dasarnya sama, bahasa arab kata masdar lebey kure jah.
contohnya;
cungit - kami kata congek
kincit - kami kata kiccik
demah
lenga
buah ulu
sentoq
dok aih
hok tu
hok ni
keloi
semalam (bahasa standard kata mlm td)
kemarin (bahasa standard kata semalam)
hambat
itu antara yang aku dapat ingat la... jika tuan puan nak berkongsi atau nak perbetuikan apa yg saya sebut silakan...

Thursday, August 6, 2009

kapkek dari lin

tepat jam 8.07 pagi, tret tret ada sms masuk, lin habaq ada kapkek special for me... huhuhuhu tp dah dekat tghari baru leh g ambik kat JPA. ermmmm yummy, sedap weh... sooooorgaa. dulu aku kalau tgk kek ni rasa mcm org monopaus, takdak napsu langsung! tp tatau la keramat dari mana dan aku pun x sedar sedari bila aku bole layan kek dan makhluk sama spesies dengannya mcm cupcake ni la n muffin etc.



sedap jugak la kek yg lin buat ni... dan aku rasa penambah dan punca segala kesedapan ialah apabila kapkek itu bertaraf pek percubaan! hahahahaha aku dah siap order ngan lin untuk wat besday babang bln ogos ni. lin tengkiu so much... muaaaaaaaaaaah, terima kasih daun keladi, kalau bole nak lagi, terima kasih daun palas, tak dapat den nak balas, tp balas ngan order pun ok gak kan? hehehehe





tu dia, punya la sedap sampai dah nak abis baru aku teringat nak snap, aku memang jenis rakus dan gelojoh kalau bab2 mentekedarah ni. so sapa2 yg rasa nak order bole konteki linmustaffa dari PTSS (lin, komisen promosi nanti kita kira lain ek)

dan option untuk peminat muffin or cupcake area ipoh, anda bole konteki chu diba, ni pun antara expert muffin n cupcake, otai dah ni. (chu, promosi baek punyer ni!!!!).

Wednesday, August 5, 2009

LANGKAH LANGKAH MENCEGAH H1N1

walopon mende dah sah positif dan sah ada di PTSS, kita masih boleh mengelak jangkitan kepada diri kita sendiri . antaranya ialah:
1. kerap cuci tangan
kekerapan mencuci tangan membantu kita menghalang sebaran wabak ini. tangan kita yg bersalam dengan orang lain kemudian menyentuh hidung atau mulut menyebabkan ia berisiko untuk berjangkit. bagi orang islam berwuduk merupakan satu kelebihan. sekurang-kurangnya kita membasuh tangan sebanyak lima kali sehari, malah basuhan kita lebih advance kerana kita membasuh dari tangan hingga ke siku, sebagaimana kata ijam mungkin sekali sekala kita mengesat hingus atau lelehan atau mulut dengan menggunakan lengan, betul tak? di farmasi pun ada jual sejenis pencuci tangan yg mana kita tidak perlu menggunakan air, cuma basuh je terus ngan gel tu dan ia akan kering sendiri.
2. menutup mulut dan hidung
beli la sebarang penutup hidung dan mulut, jangan duk harap barang free je, ni sibuk duk tanya bila poli nak supply mask tu kat kita? la ni nak kencin pun kene bayar oi! kalu dah kene, duit berkarung pun dah tak guna bang, moh sapa2 nak ikut aku g farmasi sat g nak beli mask n pencuci tangan. bagi kaum muslimat pula, masa ni la untuk anda mula memakai purdah, lagipun ia murah,praktikal dan boleh di kitar semula!
3. elakkan bersesak
mulai saat dan ketika ini, kita bole mengurangkan tebiat suka keluar di tempat awam, yang mana suka ke pasar malam, belajar la masak sendiri kat rumah. yang mana kaki clubbing, anda juga boleh mengurangkan tebiat itew. banyakkan masa berada di rumah, layan astro ke... ( aku dah terminate sport chanel, padan muka asterok belagak sangat, ingat dia boleh naik rege sesuka hati? dahla barang lain sumer naik, darah aku pun sama naik!) lebihkan masa bersama pasangan anda dan anak2( bagi yg dah berumahtanggala, yg single layan korek idung sudaa!)
mungkin anda mempunyai cara atau langkah yg lebi bagus? apa salahnya kita berkongsi kan. sharaing is caring... ok setelah mencuba langkah-langkah tersebut jangan la kita lupakan bahawa semua yang berlaku adalah atas urusan ALLAH subhanahu wata'ala. dan marilah sama-sama kita berdoa dan memohon keampunan dariNYA, semoga dijauhkan dari wabak ini. amin.

Tuesday, August 4, 2009

THE STRIKE IS COMING! or just a test?






last week we did a health screening for our students, with co operation from Health Ministry of Perlis. the team of around 30 doctors and assistances. and the result was informed yesterday. we got 5 positive H1N1 case. our campus was infected! hmmmm we did the preventive measures such as not allowing student going out, even in weekend holidays. closing the gate to outsiders and etc, few staffs got trauma caused of the situation, like facing the death. for me, Allah is the Most Powerfull, as a slave, we accept these as qada' and qadar. "wamakaruu wamakarallah, wallahu khairul maakiriin" they planned, Allah also planned and Allah is the best planner.



the team from Health Department of Perlis is doing the screening wich held on saturday 1/8/09




suspects to be quarantined


'Cip' and Pakku the adhoc host