Saturday, October 31, 2009

kajian semula DASAR AUTOMOTIF NASIONAL

baru-baru ini Miti mengumumkan hasil kajian semula Dasar Automotif Nasional, antara dasar baru kerajaan terhadap industri automotif negara. ramai berpandangan dasar ini memberikan impak yang besar terhadap negara umumnya dan bidang automotif khasnya. Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar perubahan dalam dasar baru ini melibatkan kenderaan penumpang yang secara langsung membawa maksud rakyat sebagai pengguna.

Aku takmau cerita panjang bab-yang jauh kaitan dengan aku, aku juga takmau komen dari segi politik cuma aku rasa terpanggil bila dasar ini aku rasakan akan memberikan impak yg cukup besar bagi industri motorsport negara. kalau dah jiwa motosepot memang susah nak tinggal la....

antara dasar yg memberi kesan langsung kepada motosepot ialah larangan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai. macam aku la, hanya mampu pakai Civic buruk yang orang takmo pakai dah, aku kutip pakai... bila rosak, nak repair? aku akan jelajah kedai keling botoi atau bahasa modennya kedai hafkat (halfcut) mencari apa sahaja alat ganti yg masih boleh dipakai dan dikitar semula. faktor? ia bukan sahaja lebih murah, malah kadang2 jauh lebih bagus dari komponen buatan tempatan. ini berdasarkan pengalaman aku la. alat ganti kereta lama macam keta aku ni kalau nak cari yg baru, memang susah, org utara kata putuih tali kasut berjalan pun belum tentu bleh jumpa lagi! memang kebergantungan pada hafkat amat tinggi tahapnya.

begitu juga dengan arahan pemeriksaan PUSPAKOM setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan untuk kereta yg berusia lebih 15 tahun. dah la dalam bajet baru ni pun umum premium insurans makin naik.  kereta aku tu pun dah menghampiri usia 15 tahun! pastu plak puspakom buat cerewet tak approve la apa la, so secara tidak langsung menghalang dari kereta-kereta ini berada di atas jalan, licik bukan?

wahai pak pak menteri, pandang dan tengoklah ke bawah. anda naik kereta yg dibekalkan oleh kerajaan punya pemandu, diselenggara dengan sempurna (walau dengan cara tak sepatutnya). bila ada peruntukan baru, boleh merasa kereta baru lagi. tetapi bagi rakyat marhaen, atau lebih tepat orang kampung, usahkan nak beli Perdana V6, nak beli saga BLM pun belum tentu boleh approve loan, nak beli cash jauh sekali! yang mampu beli kereta- buruk yg hampir lupuskira, jalan pun rasa macam duk atas keretapi.

aku tidak mahu respon kepada semua dasar tersebut, banyak lagi dasar yang aku lihat tidak seiring dengan slogan rakyat didahulukan, ia seolah-olah merujuk kepada segerombolan manusia yang didahulukan. hmmm dalam parlimen masih rancak duk bahas dasar ini. aku amat berharap semoga dasar ini akan dibatalkan. betul la dasar ini banyak melihat kepada faktor keselamatan dan sebagainya, keadaan dan kemampuan rakyat juga seharusnya menjadi kayu ukur sebelum kerajaan membuta sesuatu keputusan.

Friday, October 30, 2009

bedouin, penjajaran

this is bedouins...



dan ini penjajaran

kayu-kayu yang dipacak dan dibuat penjajaran yang baik.

berlibur.....


Balik opis petang tadi lepak tepi akuarium dan aku baru perasan airnya sudah agak kuning, dicongak dikira, rasanya sebulan lebih gak tak tukar airnya, sian fatin, eh patin! kugagahkan jua tulang nan empat kerat ini untuk menukar airnya dengan yang baru. dan hasil nya.......

\/

\/

\/

\/

\/

sungguh berbaloi kan?



selepas mengerjakan habitat patin, tiba masa untuk manjakan diri pula, pamper myself, yang sbenarnya manjakan perut! tengok la aksi babang bila mengadap sate... malam ni kami cuba radix chicken chop... hmmmm, ayam dia ok, cuma pepper sauce dia kurang menjadik, sedap lagi chef ju buat! cuma fries kat RCH ni dari dulu lg aku perati, kalau keras, keras sgt dan kalau lembut, lembik sangat, macam tak stabil jer cara pemasakan dia... korang cuba la rasa plak


Labels: ,

Friday, October 23, 2009

bajet 2010

apa anda harapkan? bermacam2 yg telah disebut oleh PM tadi, cuma yg melekat dlm ingatan ini hanyalah bab bantuan kewangan yg sebelum ini telah diberikan untuk kumpulan sokongan kakitangan kera jaan sebanyak rm500 dipanjangkan kepada kumpulan gred 41 gingga 54.




p/s - gua tak mengharap apa2, sebab tau sgt kewangan kerajaan memang tahap nazak, tapi dah orang nak bagi, tolak tidak sama sekali! alhamdulillah...

Sunday, October 18, 2009

batch Percikan Rindu

sapa2 yg pernah blajar ngan cikgu Lah, dia sgt maklum bila sebut Percikan Rindu ni... Diploma Bahasa Arab dan Pendidikan 1996 - 1999 Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ( KUSZA )... amaran! ini adalah entri ala ala jejak kasih, buat sahabat dan rakan yg pernah mengenali (maklumla masa tu belum ada hset lg!) jgn segan silu, hubungilah ana di talian 019-5712117, dengan harapan yg amat tinggi kita akan dapat buat reunion.
nak sebut nama sorang2 ka? sat g lupa korang jugak terasa hati!



dari kiri, Bariz Isnadi, Zainal abidin Mohd Don, Hamdan Zakaria, Ahmad Fadullah Jusoh, Ahmad Rasyedi aka Megat, Yuzakky Yusoff, Khairi aka Koyan, Che Ku, Farid Hilmi.
dari kiri, Rafidah Haji Abd Rahman, Yuzakky, Hamdan, Fifi Azlina Jalil (Singaporean) dan Nasir suhaimin.



p/s - ni sekadar point nak update blog sesambil menjejak kawan lama.

Wednesday, October 14, 2009

Anda Penat? Stress?

penawar untuk keletihan dan perasaan stress, cubalah berzikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar juga 33 kali sebelum tidor. Jika diamalkan setiapkali selepas solat lagi baik. insyaAllah... petua ini diajar oleh Rasulullah kepada anaknya Fatimah.

Thursday, October 1, 2009

AIDILFITRI 2009

Tahun ni beraya di perak dan inilah antara himpunan sepanjang balik beraya....


jem start sblm gurun di PLUS highway , sangkut hampir 2 jam.


kakak sampai terlena-lena


ni la punca jem, kontena terbalik melintang atas highway, katanya berlaku lepas subuh lg.


'jemeruk' member kelab... Faris nak balik tepen


'paklang' n co, begambo di pagi raya, gambo takleh nak snap elok2 pasai masing2 tgh 'moody'


ayahnda dan bonda mertua Haji Bani dan Hajjah Rahimah

makde n co, ude Naim, Nurin, Ude Esah.


pakngah n co, kak Ani, Izzat, Ain Bangah n Izzul.

kakak hanya mampu bertudung untuk beberapa ketika...


anak bujang yg masih solo, tp perut dah ngalahkan baba


posing sebelum 'meragam'...


menziarahi pusara arwah Tok Sujak di Bagan Datoh

tersangkut dalam jem di tanah merah pada hari raya ke-3. sangkut sini 3 jam lebih.


suasana atas jambatan Sultan Mahmud, kuala Terengganu dalam perjalanan ke Merchang, Marang menghadiri majlis pertunangan anak abe long. keputusan yg dibuat last minute...

on the way balik ke perlis, sempat lg cari tudung di kedai tudung, Tok Khamis, jalan Machang.


kehidupan kembali seperti rutin biasa bila mencecahkan roda kereta kembali ke negeri Perlis ini.