Monday, May 31, 2010

Untungnya Isteri!

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


Labels:

Saturday, May 29, 2010

Barang Naik lagi?

Kata Menteri Memanda , bulan 6, petrol naik RM0.15 dan akan terus naik setiap 6 bulan,
Kata Menteri Memanda, tol akan naik ikut konsesi,
Kata Menteri Memanda, tariff elektrik akan naik RM0.016/kwh setiap 6 bulan,
kata Menteri Memanda, harga gula dan tepung naik RM0.20 setiap 6 bulan,
Kata Menteri Memanda lagi, negara kita akan bankrap jika subsidi diteruskan sehingga tahun 2019.


Sumber
sumber lain

PR, hanya mampu mengurut dada....

Labels:

Tuesday, May 25, 2010

Musim Pecah Kepala

Sekarang tengah berlangsung peperiksaan akhir bagi semua pelajar PTSS. Masing-masing memerah otak semaksimum mungkin untuk mendapat keputusan terbaik, jangan sampai pecah kepala sudah laa. Tapi yang tak hairan langsung pun ramai juga, sampai bila nak sedar.


dulu exam berpanas, sekarang nyamaaan jer.

mak aih, satu jawapan sebatang pen ke?

yang ni pun sama!

GOOD LUCK!

Labels:

Sunday, May 23, 2010

Lantak kau La!

Malam tadi, hari sebelumnya, jiran-jiran ajak buat bbq kecil-kecilan, spontannya jawabnya ya. Maka, malam tadi jadi la majlis ad-hoc. Kami dua tiga orang setuju untuk beli bahan dan proses bahan. jiran-jiran, dijemput juga, tapi biasala, ada datang dan ada yang tak datang.. yang tak datang tu alasannya pun macam-macam la... last minute la, segan la... ah lantak kau la! tak jemput tu alasan tak jemput, bila dah jemput pun tak mau. Kata seorang kawan, nak ajak makan macam nak ajak bergaduh!

hmmm itulah antara aktiviti di kejiranan kami bertujuan merapatkan lagi silaturrahim.


ini la muka-muka yang selalu turun bila ada keramaian

salah seorang dari penaja duk bersandar ke tiang

sebahagian dari ahli rukun tetangga

p/s- maaf gambar kurang jelas sebab bateri kamera weak, dan terpaksa guna kameran henpon cap ayam!

Labels: ,

Hajat Ke Pulau Pinang Terbantut

sambungan dari entri lepas, jika kakak menang perlawanan bola jaring, dia akan mewakili Perlis untuk peringkat kebangsaan di Pulau Pinang. Kasihan kakak, pasukannya dikalahkan oleh pasukan Padang Besar B. Memang layak pasukan itu menang, gaya permainan dan yang penting setiap ahli pasukan memainkan peranan masing-masing dengan cukup berkesan!

Bagus juga sebenarnya jika tidak ke P.Pinang sekalipun, jadual beliau akan semakin padat dengan latihan dan latihan....

apa-apa pun begambo dulu, kalah menang kendian cerita

setakat panas sket, apa ada hal.....

bukan dia nak tengok bola duk tang mana....

goal keeper, badan boleh tahan, tapi tak agresif pun...

amboi kak Teh, lawa spek!

kasut ni ke puncanya?

setelah menerima kekalahan seadanya, kami bertukar haluan ke Bukit Ayer, niat nak bagi depa mandi ka berendam, tapi alahai air macam dalam besen jer!

Sunday, May 9, 2010

Goal Shooter

Hari ini pagi-pagi lagi sudah ke futsal Jawi, menghantar dan menemani kakak main bola jaring mewakili Pasti Al-Furqan Pekan Pauh. Pada mulanya tak bersemangat nak pergi mengenangkan acara-acara sebelum ini, tidak punctual, tidak cukup persediaan, dan jikalau ada ucapan dari mana-mana wakil, ucapan tersebut seperti menghadiri satu ceramah politik, terlalu panjang bagi kanak-kanak yang berusia 4, 5 dan 6 tahun untuk menunggu mereka menghabiskan ucapan. Tambahan pula jika acara tersebut berlangsung di padang atau tempat terbuka, cukup rimas untuk berlama-lamaan di tengah kepanasan!

Acara ini berlangsung di gelanggang futsal, jadi masalah kepanasan tidak lagi menjadi gangguan. Nampaknya kali ini, berlangsung dengan sedikit lancar, walaupun tidak sepenuhnya. Mungkin telah terdapat aduan dan komen dari para ibubapa yang prihatin.

netball team bersama cikgu Lita dan cikgu Shidah

bersama kamceng, Farzana, Ain, Safeyya, Wafa dan Che Rokiah... abaikan background tandas itu....

Cikgu Teh, orang kuat yang juga jadi referee

goal shooter yang pemalu!

not bad, kalau 10 lontaran tu, masuk 8!

hasilnya... juara peringkat arau maknanya lepas ni kena main peringkat negeri la pulop!

Sungguh ironi, bila Safeyya yang berperanan sebagai GS mendapat anugerah penjaring terbanyak! ada ke orang lain boleh shoot selain GS or GA? apa komen pakar-pakar bolajaring?

Labels: ,

Friday, May 7, 2010

PERKOSA?

entahlah, apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh gerombolan ini, sibuk duk mengingatkan orang lain waktu solat, diri sendiri entah kemana... itulah realiti dunia hari ini, mengaku saja Islam, tapi perangai.......



untuk mengetahui kisah sebenar, anda klik la link ini, saya tak sanggup nak bagi keluar disini,

http://www.youtube.com/watch?v=rVI6mLnGhgQ&feature=player_embedded






Labels: