kajian semula DASAR AUTOMOTIF NASIONAL
baru-baru ini Miti mengumumkan hasil kajian semula Dasar Automotif Nasional, antara dasar baru kerajaan terhadap industri automotif negara. ramai berpandangan dasar ini memberikan impak yang besar terhadap negara umumnya dan bidang automotif khasnya. Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar perubahan dalam dasar baru ini melibatkan kenderaan penumpang yang secara langsung membawa maksud rakyat sebagai pengguna.
Aku takmau cerita panjang bab-yang jauh kaitan dengan aku, aku juga takmau komen dari segi politik cuma aku rasa terpanggil bila dasar ini aku rasakan akan memberikan impak yg cukup besar bagi industri motorsport negara. kalau dah jiwa motosepot memang susah nak tinggal la....
antara dasar yg memberi kesan langsung kepada motosepot ialah larangan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai. macam aku la, hanya mampu pakai Civic buruk yang orang takmo pakai dah, aku kutip pakai... bila rosak, nak repair? aku akan jelajah kedai keling botoi atau bahasa modennya kedai hafkat (halfcut) mencari apa sahaja alat ganti yg masih boleh dipakai dan dikitar semula. faktor? ia bukan sahaja lebih murah, malah kadang2 jauh lebih bagus dari komponen buatan tempatan. ini berdasarkan pengalaman aku la. alat ganti kereta lama macam keta aku ni kalau nak cari yg baru, memang susah, org utara kata putuih tali kasut berjalan pun belum tentu bleh jumpa lagi! memang kebergantungan pada hafkat amat tinggi tahapnya.
begitu juga dengan arahan pemeriksaan PUSPAKOM setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan untuk kereta yg berusia lebih 15 tahun. dah la dalam bajet baru ni pun umum premium insurans makin naik. kereta aku tu pun dah menghampiri usia 15 tahun! pastu plak puspakom buat cerewet tak approve la apa la, so secara tidak langsung menghalang dari kereta-kereta ini berada di atas jalan, licik bukan?
wahai pak pak menteri, pandang dan tengoklah ke bawah. anda naik kereta yg dibekalkan oleh kerajaan punya pemandu, diselenggara dengan sempurna (walau dengan cara tak sepatutnya). bila ada peruntukan baru, boleh merasa kereta baru lagi. tetapi bagi rakyat marhaen, atau lebih tepat orang kampung, usahkan nak beli Perdana V6, nak beli saga BLM pun belum tentu boleh approve loan, nak beli cash jauh sekali! yang mampu beli kereta- buruk yg hampir lupuskira, jalan pun rasa macam duk atas keretapi.
aku tidak mahu respon kepada semua dasar tersebut, banyak lagi dasar yang aku lihat tidak seiring dengan slogan rakyat didahulukan, ia seolah-olah merujuk kepada segerombolan manusia yang didahulukan. hmmm dalam parlimen masih rancak duk bahas dasar ini. aku amat berharap semoga dasar ini akan dibatalkan. betul la dasar ini banyak melihat kepada faktor keselamatan dan sebagainya, keadaan dan kemampuan rakyat juga seharusnya menjadi kayu ukur sebelum kerajaan membuta sesuatu keputusan.
2 Comments:
ah, pemimpin sekarang ingat nak besarkan perut sendiri je. macam sial!
hehe... tuka keta bos tu... saga BLM pun ok. Nak honda baru, EX5 pun honda jugak.
sapa yang pakai CC byak2 tu terminate le tinggal satu je. rm50 cukai wooo.... suplement rm25.
untung jual tanahpun kena cukai balik.... kecuali tanah pusaka. hehe
middle class jadi mangsa 26% kena cukai. orang miskin terlepas. orang kaya dapat laba besar bila ada dasar baru... begitulah kapitalisme.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home