Thursday, February 4, 2010

le pote le pote!

baru lepas sembang ngan member, " budok2 lo ni pade kijo baik duk le pote le pote kut dale kapung jah!"


ahaha lama sungguh ambo tok denga bahaso neh... meme klasik amat!



le pote le pote membawa maksud ke sana ke mari tanpa arah tujuan. sekian kelas untuk hari ini.

Sunday, January 31, 2010

Nak Qadha Hajat Pun Terganggu!

Kau orang cuba bayangkan masa kita tengah sedap mengeram meneran, tiba-tiba ada air menitik jatuh atas kepala, nak tambah lagi sadis bila teringat punca air menitis tu datangnya dari bilik air orang atas! huhuhuhu. Time tu juga hilang terus selera nak qadha hajat, segala perut yg memulas pun hilang, dah elok keluar separuh pun boleh masuk balik!

ceritanya aku dah report kat UPP tahun lepas, tapi sampai hari ini takdak apa pun yang depa buat kat sini. dua minggu lepas rasanya titisan air tu dah kering, tapi sehari dua ni ada balik.

kata Ustaz Yasir (jiran aku) dia dah lama mengalaminya... katanya punca air tersebut dari kebocoran bilik air jiran atas rumahnya, dan katanya lagi UPP pernah buat pembaikan, tapi tak menjadi kut. sebab rumahnya pun sampai lampu dalam bilik air tu pun dah terbakar sebab litar pintas.


segala jenis macam kulapok dah tumbuh, orang umah aku kata mushroom pun ada! kalau macam ni la, aku nak ngadu kat sapa lagi?

ibarat kata Karam Walia Singh, rumah terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu!

SEMALAM DAN HARI INI

Pagi semalam kami test nasi dagang di kedai yang baru dibuka di Changlun, menu ni cukup susah nak cari kalau belah utara ni. Yang ada di railway Arau pun tak terangkat mana. Tapi hak ni kira bulih wat penawar rindu nasi dagang kak mah kat kampung sana nun. Gulai dia boleh tahan tp nasi sedikit lembut. kalau 10 markah, aku berani letak 8, selera aku la!




Pagi ni ke nat (pekan sehari) pauh atau lebih dikenali dengan nama nat pokok getah, sungguh dan sangat kagum bila terjumpa dengan sahabat lama sedang berniaga ikan dan pokok. dah lama katanya berniaga disini, yang hairan tu hari ni je baru nak ketemu. yang lagi bangga tu dia merupakan seorang pensyarah di sebuah IPTA di Perlis ni...  seorang pensyarah masih sempat berniaga, mungkin kerana minat dan keazaman yang tinggi.

 

saudara Faisal, orang Perak, Intrade KUSZA 1996-1999
 


last but not least, cuba perhatikan gambar dibawah. Mungkin anda pernah lihat di pasar malam pasar malam sekitar arau.......

 

kecanggihan teknologi... makcik yang main lagu sambil minta sedekah pun dah pakai thumb drive untuk simpan dan main lagu! maklong, lu memang cool!

Saturday, January 30, 2010

sebelum.....

 

selepas....

 

gambar-gambar ini membawa berbagai-bagai penafsiran, tidak dinafikan kadang-kadang ia juga menjadi modal dalam kelas aku, hehehe....

Saturday, January 23, 2010

SERONOK KE TEMPAT KERJA?

seronok? ia sesuatu yang agak subjektif. Kadang-kadang suasana hari semalam mempengaruhi kita untuk ke pejabat atau tempat kerja pada hari berikutnya. Semalam seronok menghabiskan masa di pejabat dari jam 8 sampai jam 5 membuatkan kita tak sabar untuk menghabiskan hari berikut seperti sebelumnya.

bertuah mereka yang ke tempat kerja  tanpa mengharungi kesesakan lalulintas seperti di bandar-bandar besar. Situasi ni juga mempengaruhi mood kita ketika melangkah ke pejabat. Tidak dinafikan kemarahan dan kebencian kita yang meluap-luap selalunya kita akan bawa terus ke pejabat tanpa meninggalkannya di mana-mana. Jadilah manusia yang neutral, walau dihimpit kenderaan lain, elaklah dan carilah laluan untuk menjahukan darinya. Jika ada yang memotong dari lorong sebelah kiri, juga biarkan, mungkin pemandu tersebut  kecemasan dan perlu cepat sampai. pendek kata, apa sahaja yang bisa menggugat tahap kesabaran anda, biarlah. mungkin ada sebab mengapa semua insiden itu berlaku. Dan, anda tetap cool menghadapinya, itu baru sebenar manusia yang berjiwa kental!

Elakkan diri dari terpengaruh dengan provokasi jalanan.... dengan membalas hon, mengangkat tangan dengan jari tengah ditegakkan, hatta menyumpah dalam hati! nescaya jiwa anda tidak akan terganggu sepanjang perjalanan sehingga anda melangkah masuk ke pejabat dengan hati yang ceria!

Alhamdulillah suasana hidup di Perlis ini amat jarang sekali bertemu dengan perkataan kesesakan lalulintas ini, cuma sekali sekala berhadapan dengan pemandu sengal. Alhamdulillah, sekali lagi, kuliah untuk minggu pertama berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman berharga semester ini, berpeluang mengajar kelas Khas. kelas ini semua pelajar mempunyai masalah pendengaran (pelajar pekak). Terkial-kial nak bagi depa faham. maklumlah belajar bahasa isyarat pun 2 hari je.. pasti kena belajar ngan depa la... eh sapa yang ajar sapa ni?

Satu lagi benda yang unik semester ni ada satu kelas kembar tiga! pada mulanya ingat kebetulan nama  mereka sahaja yang hampir sama, dan agak terkejut bila mereka mengakui mereka adalah kembar! patut la muka pun hampir sama... mereka ini tidak pernah berpisah, buat apa pun mesti nak buat bersama, hatta kumpulan mereka pun hanya terdiri dari mereka bertiga sahaja! cuma sempat berjenaka esok-esok jangan la plak suami pun nak share-share!

Tahniah buat kelas DNS 2B, DPM 2, DUP 2B, DIP 2A, DKM 2A,  SKE 2A dan KHK 2 kerana anda memang di kalangan pelajar-pelajar yang terpilih!

Saturday, January 16, 2010

Barang Naik Tak?

Barang Naik?

Bila Naik?

Berapa Naik?

Banyak Naik?

Bakpo Naik?


itu la selalu persoalan yang bermain dalam kepala bila kita perlu membayar untuk sesuatu dengan harga yang lebih tinggi dari sebelum ini.

Hari ini, akhirnya berjaya juga membayar insuran dan cukai jalan kereta, setelah tiga kali percubaan, aku pulang dengan tangan kosong kerana Pejabat Pos penuh dengan umat manusia yang memegang buku ASB, ramai betul, tooooobat nah pun! itupun hari ini hari Sabtu dan ASB offline hari ni, kalau tidak, berkampungla aku...

tahun lepas bayar insuran kereta hanya RM131, maklum la kereta buruk aja, tp hari ni agak terkejut tapir bila kena bayar RM440! bila ditanya jawapan yang klise sejak akhir-akhir ini, dah naik sejak tahun 2010 ni bang!

Pak Menteri, kasihanilah kami golongan pertengahan ni, banyak barang naik semenjak akhir-akhir ni. macam pesta! Year End Sale! seronok ke menaikkan segala benda? tak semua benda seronok beb, walau tak dinafikan memang ada benda seronok bila naik.

Realiti hari ni, setakat gaji dua tiga ribu, tak kemana pun. cukup sekadar untuk makan pakai jer. hairan juga bagaimana mereka yang berpendapatan lagi kecil, menguruskan hidup dalam pesta naik harga sebegini.

Sangat berharap, agar mereka mendengar keluhan masyarakat seperti kami ini, bagaimana perit dan jerihnya untuk hidup. walaupun mustahil untuk pak pak menteri nak baca blog sampah sebegini!

Sayang Ayah Buang-buangkan

KANGAR - "Kalau aku mati, jangan hantar balik atau tanam aku di Kodiang, Kedah dekat dengan mereka."
Begitulah amarah seorang bapa, Othman Samah, 60, yang kecewa apabila mendakwa 'dibuang' anak sendiri selepas dia selesai menjalani pembersihan darah di sebuah pusat hemodialisis di Seriab, dekat sini petang kelmarin.
Othman yang merupakan seorang petani meluahkan kata-kata tersebut kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa yang tampil di Balai Polis Kangar bagi menjemput warga emas itu untuk ditempatkan di Rumah Penyayang Jejawi dekat sini.
Kira-kira pukul 7 malam kelmarin, Othman tidak dijemput oleh anaknya yang sebelum itu telah menghantar dia menjalani rawatan di pusat tersebut dengan motosikal.

sumber



sebak aku baca kisah ni, anda bagaimana? layakkah seorang ayah diberi layanan sebegitu rupa? sesetengah daripada kita hanya merasai sesuatu itu amat berharga bila ia telah tiada. atau mungkin mereka beranggapan mereka boleh membeli 'ayah' di kedai, atau kalau tak suka ayah tu boleh diganti dengan ayah yang lain? sehodoh mana pun dia, sebusuk mana pun dia, seburuk mana pun dia, dia tetap memegang pangkat ayah kepada kita. sehebat mana pun jawatan kita, seramai mana pun orang di bawah seliaan kita, kita tetap tidak boleh menidakkan watak seorang ayah. kerana dia kita lahir kedunia, walau hanya sekadar penyebab. Namanya juga kita bawa kemana-mana dalam ic kita.

hanya satu je aku terfikir, jika ayah yang ada pun dibuang-buang, jauh sekali la agaknya nak mendoakan untuk kedua orang tuanya....