Saturday, February 12, 2011

Tahniah Misri!


Tahniah Misri! tahniah Egyptian! Rejim itu telah dijatuhkan! bermula dari suara seorang gadis berusia 24 tahun yang disiarkan dalam youtube seminggu sebelum demonstrasi ia telah meniup 'tentera Allah' ke dalam hati dan jiwa warga Mesir untuk bangkit menentang rejim yang zalim. Selama 30 tahun Hosni Mubarak memerintah Mesir akhirnya beliau terpaksa akur dengan kehendak dan pilihan rakyat. selama pemerintahan beliau berapa banyak pilihanraya diadakan? namun ia tidak pernah mengubah apa-apa! Apa yang kita harapkan dari sistem demokrasi yang dikawal oleh mereka yang tamakkan kuasa? dan mereka telah muak untuk melalui sistem itu yang tidak pernah memihak kepada mereka walaupun mereka adalah majoriti. dan pilihan terakhir mereka adalah jalan. Ya, jalanraya lah sebagai tempat mereka membuktikan demokrasi yang masih bersisa itu. dan akhirnya, rejim itu terpaksa tunduk selepas didesak di jalanan selama 18 hari.


Dan apa yang jelas revolusi ini banyak digerakkan oleh orang muda. jika kita melihat rakaman terutamanya dari laman youtube, kebanyakan mereka yang bangkit melawan di 'Tahrir Square' berseluar denim biru dan ber'sneakers'. merekalah orang-orang muda yang berjiwa kental dan berani. Dan inilah detik kejayaan Revolusi Mesir pada 11 Februari 2011.

Labels:

1 Comments:

At 12 February, 2011 , Blogger ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Mubarak Berundur, Khilafah Akan Kembali

http://ibnuyassir.blogspot.com/

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home