Tuesday, July 14, 2009

BELOG ABE JAK

ari ni aku terbaca blog abe jak, hok sebenarnya baca ari2, tp ari ni abe jak sunguh2 mengarang sapa bera air mato kawe be... yang sebenarnya perjalanan hidup kami hampir sama. cuma aku masih belum punya kekuatan untuk mengarang laksana abe jak.

tunggulah masa yang seswai. tapi kalu aku tulispun sapa sgt yg nak baca kan? setakat tulisan meraban tahap budak darjah 5 belum lepas UPSR! kembali kepada abe jak, aku amat tersentuh kerana aku juga pernah melalui zaman hanyirnya selut sawah, busuknya tahi getah, panasnya padang rumput.... sumernya aku pernah lalui dan aku dapat merasainya sendiri.

sekarang semuanya seolah2 indah dan segala yang pernah menjadi hanyir dan busuk terbau2 seolah wangian bidadari. tiap kali balik ke kampung aku akan cuba sawah untuk memalit kembali memori lama, menghirup kembali bau selut sawah... nak hirup wanginya getah dah tak boleh dah sebab sumer dah tebang dah.

ketahuilah abe jak, aku juga bangga kerana menjadi seperti ini sekarang. cuma sedikit terkilan kerana arwah ayah kawe tak sempat melihat kawe sampai ke tahap ini. sekalung al-fatihah untuk ayahanda dan sekelumit doa untuk bonda tercinta.... .... amin...

2 Comments:

At 16 July, 2009 , Blogger ishaharom said...

ada masa lagi nak update blog eh bro.bravo!

 
At 17 July, 2009 , Blogger adanz said...

jiwa seorang blogger.....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home