SATE KAK SITI
wify : oh ya ka? ok jom
orang kata ni la sate paling best di Perlis... bagi selera aku, aku setuju, cuma kuahnya belum dapat piawai, apa bole buat pilihan x banyak di sini, so hentam saja la. antara pilihan sate lain ialah sate solo di pekan Pauh, kalau balik kampung aku akan pastikan agenda membaham sate terselit dalam agenda wajib, selalunya sate pasir puteh yang jadi sasaran, pilihan lain sate lanang atau sate mastura di Jabi. huhuhu jauh lebih hebat dari sate kak siti ini.
dan kemuncaknya jika kami ke Kolumpo atau belah2 sana, kami akan pastikan dapat menjamah sate haji Samuri, sama ada di cawangan dia di Sg Buloh atau di HQ nya di Kajang, (fakta bernombor, semasa aku study di Bangi aku pernah menibai sebanyak 50 cucuk sate Haji Samuri dalam satu sesi! huhuhu) gila hantu sate betul la
Petua jika anda mahu makan sate dengan banyaknya ialah anda memerlukan teman yang sama selera dengan anda. antara teman sate ku (hak hak hak) ialah taiko aka Us Yasir, pantang ajak mesti jawab, jom! hahaha best! gambar di atas juga menunjukkan calon peneman sate ku pada masa akan datang, sekarang masih dalam kem latihan, tengok la bagaimana berseleranya dia membaham sate itu!
Babang sedang tekun menjalani latihannya, kelihatan kakak sedang memberikan sokongan moral, kakak hanya makan ala kadar, tiada bakat untuk menjadi teman sate ku!
buat Mata Gembira, ini bukan angkara virus M taw, tp virus B... BODEK! hahahaha
4 Comments:
gundut nye adik... mcm anak akak le adanz.. tgn nye gemuk2.. comey jek..
hahaha gitu la kekdahnya kak... makan jarang menolak!
bestnya mkn sate... ibu takleh jd peneman mkn sate ke ba? ibu pun penah tibai 20 cucuk rasanya sate kajang tu....
ibu bole teman pelbagai, x spesifik sate... teman gusti mau? hak hak hak
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home