AKHIRNYA...
dalam pukul 3 lebih tadi, bini aku call, gaya macam tak menyabar nak cerita, setelah ditenangkan baru la dia boleh bercerita kes perihal yg berlaku di sekolah hari ni. tu pun aku cuba la lekatkan phone kat telinga walopon sedang bergelumang menanda tugasan pelajar sambil telinga sebelah lagi mendengar sembangan kak ida. berbalik ceritany tadi, katanya maybe esok akan keluar paper lagi nama sekolah ni. dan malamnya sambil bercucuktanam dan memantau ternakan di fesbuk, aku terbuka Malaysiakini dan akhirnya....
Pelajar ponteng, parah terjatuh bangunan | ||
|
Seorang pelajar lelaki yang dikesan ponteng daripada menghadiri perhimpuan mingguan sekolahnya ditemui parah, dipercayai
terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Perlis itu dikesan gagal menghadiri perhimpunan pukul 8 pagi bersama seorang lagi rakannya.
Seorang guru menemui kedua pelajar itu bersembunyi di tingkat empat bangunan sekolah terbabit dan ketika dihampiri, keduanya dikatakan terjun dari bangunan itu pada paras ketinggian 12 meter.
Seorang ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan itu manakala seorang lagi tidak dapat dikesan, katanya.
Ismail berkata pelajar berusia 16 tahun itu patah paha kirinya selain mengalami pendarahan pada hidung dan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan. BERNAMA
gambar hiasan sahaja, cuba la bayangkan tingginya....
p/s hmmmm glamer betul sekolah ni, tiap tahun naik nama....
p/s 2 - kira nasib baik gak la budak tu terjun dari tingkat 4 cuma patah je.... selalunya abis nyawa la.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home