Thursday, December 17, 2009

ENTRI TERAKHIR


hmmmm terimakasih buat sahabat taulan yg masih mengikuti blog hamba ini (ermmm ada ke?) ini merupakan entri terakhir dari hamba. bagi tahun ini. esok kita akan membuka lembaran tahun yg baru. semoga berkesempatan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun pada petang ini. semoga kesilapan lalu tidak diulangi pada tahun ini. semoga kejayaan lalu di perbaiki lagi pada tahun baru ini.

di kesempatan ini juga besarlah harapan untuk kita sama-sama mengingati perjuangan Rasulullah di dalam penyebaran agama Islam. Di sini lah kita boleh melihat konsep berundur tidak semestinya mengalah. Dengan pengunduran Rasulullah dan sahabat dari Kota Mekah ke Madinah bukan bererti kegagalan, tetapi ia lebih merupakan penyusunan semula strategi. ini terbukti apabila lebih ramai yang mengikuti dakwah Rasulullah di Madinah. keadaan ini menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadap Islam. inilah konsep yang sepatutnya kita ambil iktibar dan pengajaran.

'Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah" itulah kata-kata Rasulullah. Tetapi konsep dan semangat hijrah itu perlu ada dalam diri kita. Hijrah dari perkara yang kurang baik kepada baik, hijrah dari yang baik kepada lebih baik. barulah kita layak digelar insan cemerlang.












dan sekali lagi Selamat Tahun Baru Hijrah.... selamat beramal

pese abe jak - generasi ipod perlu berubah (selamat bercuti)

1 Comments:

At 17 December, 2009 , Blogger grow2g3th3r said...

salam hijrah...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home