Tuesday, November 17, 2009

PROFESIONALISME


bunyinye macam mudah, nak sebut pun tak susah, cuma sesekali tergeliat lidah bila disebut acap kali!
satu perkataan yang membawa seribu erti dalam dunia kerjaya.
jika anda memikulnya dengan anggapan bahawa ia satu beban, maka jadilah ia sebagai beban.
manakala jika anda melihatnya sebagai suatu keperluan? jadilah ia apa yang perlu dibuat
atau jika anda menganggapnya sebagai suatu amalan, maka terbiasalah ia dalam dunia kerjaya.  dalam dunia karier hari ini, rata-rata manusia inginkan pulangan(aku sebut sebagai gaji!) yang maksimum, dan rata-rata juga inginkan bebanan kerja yang minimum. sungguh tidak adil bukan?

ini situasi biasa bila bos membedak (membahagi tugas).. bermacam2 alasan dan helah untuk mengelaknya. kawan-kawan, nak bagi alasan bukan tak boleh cuma biarlah berpada. setiap kali ada arahan outstation, "oh, saya tak boleh, saya ada anak!"... hoi kawan, orang lain takdak anak ke?!!

"anak awak tak macam anak kita...." masih nak berhelah, "awat, cara buat anak saya tu tak sama macam cara buat anak awak???!!" ni dah kira tahap masuk hantu dah ni. tak mampu nak meneruskan kata-kata bimbang kalau-kalau terkeluar yang lagi kasaq orang utara kata. acapkali, hampir setiap kali, muak dah telinga aku dengar alasan sebegini. sampai bila????

4 Comments:

At 17 November, 2009 , Blogger dba4624 said...

nnt2 nk bg alasan cmtu gk eh...bg bernanah tlinga adanz dengar...ehehe

 
At 17 November, 2009 , Blogger adanz said...

da ada anak apa? anak mata? anak telinga? anak tekak? ke anak sedara? hehehe

 
At 17 November, 2009 , Blogger dba4624 said...

ada......anak orang..ehe

 
At 18 November, 2009 , Anonymous Anonymous said...

anak bulan, nak raya Haji.Ha! Ha! :-)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home