Thursday, April 29, 2010

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita ke Jurang Neraka

ketahuilah, seseorang wanita itu apabila tiba hari akhirat, dia akan menarik empat golongan lelaki bersama-samanya ke dalam neraka. Na'uzubiLlah hi min zaalik, kita sama-sama berdoa semoga dijauhkan oleh Allah dari keadaan tersebut. Ia suatu pernyataan yang menarik, bukan berniat untuk memperkecilakan gololongan wanita, sebaliknya sebagai ingatan kepada kaum lelaki supaya menjadi seorang memainkan peranan secara hak dan saksama terhadap golongan wanita. empat golongan tersebut ialah;

1. Golongan Pertama : Ayahnya

Apabila si ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. tidak memberikan didikan agama, tidak mengajar anaknya mendirikan solat, menutup aurat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah seronok dengan melimpahkan kemewahan dunia kepada anaknya.

2. Golongan Kedua : Suaminya

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, menghias diri bukan untuk suaminya tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Suami yang berdiam diri dan tidak menegur apabila isterinya tidak mendirikan solat, tidak berpuasa, dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka di akhirat kelak.

3. Golongan Ketiga : Abang-abangnya

Apabila ayahnya telah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita berpindah kepada saudara lelaki atau abangnya. Sekiranya mereka hanya mementingkan keluarga mereka sendiri dan membiarkan adik perempuannya terlencong daripada ajaran Islam, maka tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat kelak.

4. Golongan Keempat : Anak Lelakinya

Seorang anak lelaki yang sudah mukallaf bertanggungjawab untuk menasihati ibunya yang menyimpang daripada ajaran Islam, menghalang ibunya dari melakukan perkara mungkar seperti mengumpat, mengata-ngata dan sebagainya. jika dia hanya membiarkan dan tidak mampu menegah perkara tersebut, maka bersedialah untuk ditarik ke neraka di akhirat kelak.


Begitulah hebatnya tarikan wanita. Bukan sahaja di dunia mereka ini mampu menarik lelaki ke dalam kebinasaan, malah di akhirat juga! Golongan lelaki yang bergelar ayah, suami, abang ataupun anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dalam membimbing golongan wanita ke jalan yang di redhai Allah.

Usah takut ataupun bimbang untuk menegur mereka apabila tindak tanduk mereka tersasar dari ajaran Islam yang sebenarnya. dosa dan balasan siksaan akhirat mereka diberikan kepada mereka yang melalaikan dari tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada mereka.

Wahai wanita, kasihanilah ayahandamu, suamimu, kekanda-kekandamu, serta  putera-puteramu. dan kasihanilah juga dirimu sendiri. mudah-mudahan kesejahteraan di akhirat menjadi milikmu, ayahandamu, suamimu, kekanda-kekandamu serta putera-puteramu. berdoalah semoga kita semua tidak ditarik dan tertarik ke dalam jurang neraka Allah.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home