Tuesday, August 23, 2011

Emas, emas!

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

kali pertama saya mula menyedari harga emas ialah semasa terlibat dengan pengajaran Hudud, dalam bab mencuri. Pencuri tidak akan dipotong tangan jika bahan yang dicurinya kurang dari satu perempat dinar. Sukatan-sukatan lama seperti kolah, gantang Baghdad dan macam-macam lagi. Sukatan-sukatan ini agak mengelirukan kerana dimana kita nak cari gantang Baghdad? perlukah pergi ke Baghdad? sukatan metrik bg satu kolah, berpa liter? dan juga i dinar jika ditukar ke RM (bukan Rosmah Mansor ok!) jadi berapo rial? persoalan inilah yang telah membuka suatu dimensi baru dalam pandangan saya terhadap emas.

semasa semakan saya terhadap nilai dinar pada masa tersebut bernilai lebihkurang RM400, hari ini (23.08.11) 1 dinar (emas 916 seberat 4.25g) telah menjadi RM801.88!
Itulah kelebihan utama emas, tiada turun harga, naik lagi ada!
boleh semak harga emas dunia di sini
dan boleh juga semak harga emas semasa tempatan di sini

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home