Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan yang pergi

cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita bertungkus lumus mengutip pahala dan ganjaran yang cuma datang setahun sekali ini. Jika ini Ramadhan yang terakhir buat kita, semoga Allah menerima segala amal yang telah kita kerjakan Ramadhan ini.


Ramadhan juga datang bersama kenangan. Terlalu banyak memori yang dikepilkan bersama Ramadhan. hampir setiap orang mengalaminya, alaisa kazaalik? teringat ustaz dalam kelas dulu selalu guna ayat tu.

Ramadhan 1432H ini datang bersama transformasi, dalaman dan juga luaran. transformasi luaran mungkin boleh dikongsi di sini antaranya, tahun ini kakak Iman mampu berpuasa penuh setakat hari ini, cuma sehari sahaja dia terbabas, terambil biskut yang diberi oleh penjaganya di tempat transit.

Tahun ini solat Eid di Setiawan, insyaAllah raya kedua bergerak ke Republik Padeluah. sayu mengenangkan Padeluah yang sudah tiada apa disana. masih teringat senyuman bonda menyambut kepulangan kami, girang bonda beraya bersama kami. Hari ini, kepulangan kami hanya disambut teratak usang tidak bertuan yang hanya menunggun saat 'reban'.


Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home