che gu Junaidah ( mcm pernah ku dengar nama ini......)
PART I
Che’gu Junaidah sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che’gu Junaidah akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che’gu Junaidah asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che’gu Junaidah menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che’gu Junaidah, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.
PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Junaidah telah bertanya kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che’gu Junaidah pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.
PART III
Che’gu Junaidah sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??
PART IV
Seperti biasa, Che’gu Junaidah nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Junaidah mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu memintamuridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!
PART V
Che’gu Junaidah: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che’gu Junaidah: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che’gu Junaidah: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che’gu Junaidah: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
Labels: ceritera
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home