Thursday, November 12, 2009

sebuah kerusi berharga rm500?



beginilah keadaan kerusi tempat duduk penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak akibat dibakar oleh penyokong ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu. Sebanyak 224 kerusi yang setiap satu berharga RM500 dikategorikan sebagai rosak, rosak terus, dibakar dan 'tumbang' akibat tindakan liar penyokong pada kejadian tersebut. 


KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Nasional mendapati kerosakan Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat keganasan penonton pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan Sabtu lalu bernilai RM214,000.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerugian yang paling besar membabitkan kerosakan kerusi tempat duduk penonton iaitu berjumlah RM112,000.
"Kerusi sahaja 224 buah rosak, ada yang terbakar, rosak terus dan 'tumbang', nilai satu kerusi ialah RM500 dan untuk kerusi sahaja nilainya sebanyak RM112,000.
"Pintu pagar untuk orang kurang upaya (OKU) rosak, pagar merah dan kuning juga rosak, tandas dalam stadium dan tempat letak kereta juga rosak dan jumlah kerosakan pada malam itu sahaja bernilai RM214,000," katanya sewaktu menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, semalam.
Pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu, Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun apabila menewaskan Kelantan 3-1.
Kemeriahan perlawanan itu bagaimanapun terencat dengan tindakan liar segelintir penyokong Kelantan yang membakar kerusi dan membaling botol air mineral serta mercun ke dalam padang.
Mengenai perbelanjaan membaiki kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Ahmad Shabery memberitahu, ia akan menggunakan duit rakyat dan kerana itu beliau meminta semua penonton memikirkan kerugian yang akhirnya mereka sendiri yang tanggung.
"Stadium Nasional datang daripada duit rakyat, kalau stadium kena perbaiki, bajet datang daripada duit rakyat, sebab itu kita minta pihak penganjur dan penonton fikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan," tegasnya.
Sementara itu, Ahmad Shabery tidak menolak kemungkinan kelakuan ganas pada malam itu mungkin disebabkan kerana ada penyokong yang mencampuradukkan politik dan sukan.
"Saya lihat penyokong banyak bawa lambang parti politik. Saya rasa pelik kerana ini merupakan sukan yang melibatkan orang ramai dengan semangat kesukanan yang salah satu cirinya ialah menghormati lawan.
"Tetapi apabila dikaitkan lambang kelab dengan lambang politik tertentu, itu mungkin sebabkan keghairahan dan kegilaan mereka untuk berbuat demikian seolah-olah kalau menang (perlawanan), menang parti itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau seterusnya berkata, penyokong Kelantan wajar menerima ucapan tahniah kerana membangkitkan semangat dan suasana baru dari aspek corak sokongan padu yang ditunjukkan mereka.
Mengenai cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) supaya diwujudkan akta bagi mengawal keganasan penyokong, Ahmad Shabery menjelaskan, beliau bersetuju dengan cadangan itu, namun ia akan membangkitkan persoalan sama ada keganasan seperti itu sentiasa terjadi atau kemungkinan besar berlaku.

sumber - Otosan 


p/s sebuah sampai RM500, ni yg buat ati gua pikir macam-macam!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home