Saturday, January 16, 2010

Sayang Ayah Buang-buangkan

KANGAR - "Kalau aku mati, jangan hantar balik atau tanam aku di Kodiang, Kedah dekat dengan mereka."
Begitulah amarah seorang bapa, Othman Samah, 60, yang kecewa apabila mendakwa 'dibuang' anak sendiri selepas dia selesai menjalani pembersihan darah di sebuah pusat hemodialisis di Seriab, dekat sini petang kelmarin.
Othman yang merupakan seorang petani meluahkan kata-kata tersebut kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa yang tampil di Balai Polis Kangar bagi menjemput warga emas itu untuk ditempatkan di Rumah Penyayang Jejawi dekat sini.
Kira-kira pukul 7 malam kelmarin, Othman tidak dijemput oleh anaknya yang sebelum itu telah menghantar dia menjalani rawatan di pusat tersebut dengan motosikal.

sumber



sebak aku baca kisah ni, anda bagaimana? layakkah seorang ayah diberi layanan sebegitu rupa? sesetengah daripada kita hanya merasai sesuatu itu amat berharga bila ia telah tiada. atau mungkin mereka beranggapan mereka boleh membeli 'ayah' di kedai, atau kalau tak suka ayah tu boleh diganti dengan ayah yang lain? sehodoh mana pun dia, sebusuk mana pun dia, seburuk mana pun dia, dia tetap memegang pangkat ayah kepada kita. sehebat mana pun jawatan kita, seramai mana pun orang di bawah seliaan kita, kita tetap tidak boleh menidakkan watak seorang ayah. kerana dia kita lahir kedunia, walau hanya sekadar penyebab. Namanya juga kita bawa kemana-mana dalam ic kita.

hanya satu je aku terfikir, jika ayah yang ada pun dibuang-buang, jauh sekali la agaknya nak mendoakan untuk kedua orang tuanya.... 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home