Monday, January 11, 2010

Seks 'Ubat Tidur' Suami

Apa yang sering orang lupa terutamanya wanita ialah seks untuk kesihatan. Seks bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu. Kepada lelaki, seks dapat menyihatkan tubuh badan. Lebih kerap melakukan hubungan seks, semakin sihatlah lelaki itu.

Mengikut kajian, semasa melakukan hubungan seks, sebanyak 85 hingga 200 kalori akan terbakar dalam tempoh 20 minit. Tulang dan otot akan semakin kuat. Ini kerana seks membantu mengeluarkan hormone testosterone. Ini fakta yang sering kita dengar yang isteri selalu lupa.

Bayangkan sahaja semasa kemuncaknya, bukan sahaja minda tetapi otot dan kekuatan lelaki akan bertumpu. Aktiviti apakah yang dapat mengumpulkan tumpuan dan kekuatan lelaki sehebat ini?

Ramai menyebut analogi bom meletup pun tidak dihirau apatah lagi anak menangis. Sebab itu ramai bersetuju bahawa antara rahsia mengawal lelaki adalah dengan mengawal seks mereka. Ini yang isteri selalu lupa.

Pengeluaran testosterone juga menjadi penentu agar tenaga terus terjaga dan menigkat. Bila melihat lelaki lesu pada pagi hari, tentu sekali maksudnya bukan kerana ‘overdose’ tetapi kurang dos. Berapa banyak dos diperlukan oleh lelaki?

Seks teratur (maksudnya tidak berlebihan) turut dapat meningkatkan immunoglobulin A –antibodi penting untuk system kekebalan badan. Fakta lain yang juga menarik ialah hubungan seks sekali atau dua kali seminggu dapat membantu mencegah selsema.

Hormon serotonin yang dilepaskan semasa ejakulasi rupa-rupanya mempunyai manfaat lain. Ia dapat mengurangkan sakit kepala dan leher. Justeru, kalau suami selalu mengadu sakit kepala atau leher, isteri perlu cepat-cepat ‘mengubatinya’.

Ejakulasi secara teratur dapat mengurangkan risiko barah prostat yang banyak dialami oleh lelaki setengah baya. Beberapa kajian mendedahkan lelaki yang mampu ejakulasi secara teratur mampu mengurangkan 30 peratus risiko barah prostat.

Ejakulasi sama ada melalui hubungan seks pada malam hari dapat membantu lelaki supaya mudah tidur. Tapi leceh dan selalu pula menyusahkan pasangan, ramai lelaki yang menjadikan ejakulasi sebagai ‘ubat tidur’ pula.



Sumber – Utusan Malaysia 28 Disember 2009

p/s - aku taip balik je apa dalam suratkhabar tu... tak edit langsung pun.

Labels: ,

11 Comments:

At 12 January, 2010 , Blogger Taher Kasa said...

Kalau pasal SEX mesti baca punya. Lelaki suka baca tapi perempuan belum tentu nak baca. Objektif susah nak capai. Ha ha ha .....

 
At 13 January, 2010 , Blogger adanz said...

saja kasi perangat...... hehehehe

 
At 13 January, 2010 , Blogger Tepi Sungai Batu said...

adanz,
Pak man pun tumpang baca juga.....

 
At 13 January, 2010 , Blogger adanz said...

dialu-alukan pok me weh... otai kita neh... ko guano... hehehe

 
At 13 January, 2010 , Blogger Zulkifli said...

bukan saja ubat tidur orang lelaki tetapi untuk orang pompuan juga... pasal tu lah anak jatuh katil pun tak sedar..

 
At 13 January, 2010 , Blogger Che' Pit said...

"aku taip balik je apa dalam suratkhabar tu"

punyalah panajang, taip sebijik2.. hmm mmg seorang yg rajin, ngeh ngeh ngeh..

 
At 15 January, 2010 , Blogger adanz said...

zul, meme la sakit palo pun bulih ileee

che pit, yup betul taip satu2... musim free boleh laaa

 
At 16 January, 2010 , Blogger ishaharom said...

oo...ni la hasil jumpa kaunselor eh.huhuhuhu

 
At 16 January, 2010 , Blogger adanz said...

bro... lu tak update la... entri ni dah lama... kaunselor citer lain maaa

 
At 16 January, 2010 , Blogger INNA AB said...

tumpang bca na...teringin nk copy n boh kt blog sya...tp tkot kena'boooo'...hehehe..infomasi brguna kan??

 
At 16 January, 2010 , Blogger adanz said...

inna... ambiklah apa2 yg boleh membawa kebaikan dari blog ni, tak mintak pun takpa... hmmmm saya pun kopi dari paper gak tuh

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home