Tuesday, February 14, 2012

tahajjud disebabkan terkejut?


semenjak dua menjak ni, badan tak berapa sihat, nak kata demam tak macam demam, tapi badan sangat lesu. kelmarin selepas balik dari pineng, tido awal sebab penat sangat. Pada masa yang sama qadha tido yg tak cukup malam sebelum tu. Kesnya Daud duk mengamuk, tatau pasaipa, sampai kena kejut member tolong tengokkan. akhirnya dia lena selepas jam 4 pagi. Arakian selepas beberapa ketika beradu tadi, terjaga diri dah berada dalam bilik air, apalagi teruskan la buang apa yang patut, dan tidak lupa mandi wajib adalah sesuatu yang wajib setiap kali bangun pagi. tidak semestinya mandi wajib, hehehe... maka setelah siap pakai baju bagai, tgk jam tangan, MasyaALLAH..... jam baru pukul 2.30 pagi! hahahaha apa nak buat ni, setelah solat tahajjud sat (tu pun sebab terkejut!) lena la dulu, nak tunggu cerah sakan juga ni. bila sedar paginya, termenung sat, apa la alamatnya......

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home