Monday, August 31, 2009

apa beza RON97 dengan RON95?

pertama sekali harga memang berbeza! dan sudah pastinya pada logik akal kita yg marhaen nih bende yg lagi mahal bermaksud lagi bagus kan? hmmm betul gak tuh.

RON atau RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda. Ini bermakna rating yang lebih tinggi iaitu 97 lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan manakala RON95 adalah lebih senang untuk dinyalakan.

Kenapa wujudnya minyak yang mempunyai rating tinggi? Minyak yang mempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yang berprestasi tinggi seperti kereta sport dan kereta lumba. Ini adalah untuk mengelakkan letupan pra matang; bermaksud letupan sebelum nyalaan spark plug,juga dikenali sebagai KNOCKING.
Knocking boleh terjadi oleh beberapa sebab iaitu compression engine yang terlalu tinggi,nyalaan spark plug terlalu awal (advance ignition) ataupun campuran angin dan minyak yag terlalu panas. Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan Knock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secara automatic akan melambatkan nyalaan spark plug(retard ignition) untuk mengelakkan nyalaan pra matang atau knocking

Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yang tinggi.Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang masih lagi boleh menggunakan minyak RON92. Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded(tanpa plumbum) ataupun leaded(plumbum).

Selain di dalam buku panduan,anda juga boleh melihat stiker Octane Rating minimum di lid penutup minyak anda.

sumber
Honda sendiri telah memberi jaminan bahawa semua model keretanya boleh menggunakan minyak RON95 kerana spesifikasi minimum bagi kesemua model Honda adalah RON92.
pengalaman aku sendiri menggunakan RON95 ni agak lembap sket berbanding RON97 dan apa yg paling mengecewakan pakcik ialah V-POWER telah dilupuskan penjualannya di kebanyakkan tempat, hanya sebilangan tempat tertentu yang amat terbatas masih menjualnya dengan harga yang masih belum diumumkan. p/s memang power beb v-power, terasa pick-up dia.

Labels:

3 Comments:

At 01 September, 2009 , Blogger Nurul Nadiah said...

Selamat nadia takde kete lagi. selamatlah sekejap. sekejap jee, heheh

 
At 01 September, 2009 , Blogger adanz said...

hmmm tu la byk company pakat promote kereta hybrid, pakai bateri la apa la...

 
At 02 September, 2009 , Blogger Tepi Sungai Batu said...

adanz,
Pak Man tak tahu apa-apa pasal RON nih. Hanya tahu isi saja.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home