Friday, August 28, 2009

Ustaz Ismail Kamus kembali ke Rahmatullah?


semlm dapat text kawan-kawan bagitau kata ustaz Ismail Kamus meninggal dunia... masyaAllah, betul ka? setau aku semalam yang meninggal sahihnya ialah Prof Ismail Salleh, dalam penerbangan di singapura. hmmm aku diamkan saja text itu sehingga aku dapat berita sahih. aku tak berani nak forward kan text tersebut. sambil2 tu aku cuba cari maklumat dari internet. hmmm pagi td selepas subuh dapat lagi text dari kawan, berita yang sama, cuma ayat berlain sket, dan bunyinya mcm real dan betul. aku cuba lagi google apa2 yang patut. hmmm sah, berita itu palsu semata2... keluarga beliau telah menafikan dan dari maklumat yang aku dapat, beliau sekarang berada di mekah menunaikan umrah dan may be hari ini balik la.

dari maklumat yang aku baca juga ada imam-imam di beberapa buah masjid ni negara kita telah membuat pengumuman ini semasa solat terawih. huhuhuhu sungguh kasihan aku pada imam-imam ni, kerana telah menyebarkan berita palsu atau dalam erti kata lain fitnah. sayyidina Umar bermati-matian dan akan membunuh sesiapa sahaja yang membawa berita kemangkatan Rasulullah, sebaliknya dengan kita, tanpa rasa tanggungjawab, forward sahaja, kununnya kita dapat info terkini la tu! tapi kita silap apabila tidak menyiasat berita tersebut terlebih dahulu. Rasulullah pun berpesan kepada kita apabila menerima sesuatu maklumat atau berita, siasat dahulu sama ada sahih atau tidak. semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. sekadar renungan dari hamba yang hina.

3 Comments:

At 28 August, 2009 , Blogger Nurul Nadiah said...

huhu. pagi tadi ayah pon dapat msg camni

 
At 28 August, 2009 , Blogger NuAfZaN said...

bukan dapat satu tapi lebih dari satu msg ustaz ni da meninggal... ada jugok lagu nih. apa kejadah lah hok duk buat fitnah ni? buleh apa?? buleh dosa...

 
At 28 August, 2009 , Blogger adanz said...

nadia,
hmmm rata2 dah tersebar mesej ni...

Mrs Nua,
kadang tu depa x berniat buruk , cuma ingin share info ngan kawan2, cuma sblm sebar tu depa ingat info tu dah sahih kan, ye la soal2 mati ni sapa nak berani main2 kan.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home