Thursday, August 13, 2009

ASRI RABBANI 'PERGI TAK KEMBALI'

salam ikhlas penuh ukhuwwah, hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian sebutir permata di persada nasyid tanahair. di usia 40 tahun beliau telah meninggalkan kita semua di bumi yang fana ini. sumbangan allayarham dalam bidang dakwah amat besar dan tidak ternilai. mula-mula saya diperkenalkan kepada asri dalam album junjungan rasulullah, semasa minggu suaikenal Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). dendangan beliau amat menyentuh hati dan perasaan sehinggakan setiap kali terdengar dendangan beliau, ia menarik dan melayangkan memori saya ke zaman silam tersebut. blog allayarham mendapat hit yang mendadak hari ini kerana berita ini, itulah saja antara kenangan yang beliau tinggalkan .

allayarham bukan sahaja mampu mendendangkan nasyid dengan gaya tersendiri, malah allayarham juga mampu mengalunkan ayat suci al-quran dengan bagus sekali. kumpulan nasyid yang telah mengangkat nama beliaupada ketika itu ialah Nadamurni, seterusnya meneruskan perjuangan bersama kumpulan Rabbani, yang melayakkan allayarham untuk merangkul beberapa anugerah. sudah ketentuan Ilahi, ajalnya pada hari ini, semasa rakaman program 'Syahadah' di Angkasapur RTM... al Fatihah buat allayarham semoga beliau dtempatkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home