Barang Naik Tak?
Barang Naik?
Bila Naik?
Berapa Naik?
Banyak Naik?
Bakpo Naik?
itu la selalu persoalan yang bermain dalam kepala bila kita perlu membayar untuk sesuatu dengan harga yang lebih tinggi dari sebelum ini.
Hari ini, akhirnya berjaya juga membayar insuran dan cukai jalan kereta, setelah tiga kali percubaan, aku pulang dengan tangan kosong kerana Pejabat Pos penuh dengan umat manusia yang memegang buku ASB, ramai betul, tooooobat nah pun! itupun hari ini hari Sabtu dan ASB offline hari ni, kalau tidak, berkampungla aku...
tahun lepas bayar insuran kereta hanya RM131, maklum la kereta buruk aja, tp hari ni agak terkejut tapir bila kena bayar RM440! bila ditanya jawapan yang klise sejak akhir-akhir ini, dah naik sejak tahun 2010 ni bang!
Pak Menteri, kasihanilah kami golongan pertengahan ni, banyak barang naik semenjak akhir-akhir ni. macam pesta! Year End Sale! seronok ke menaikkan segala benda? tak semua benda seronok beb, walau tak dinafikan memang ada benda seronok bila naik.
Realiti hari ni, setakat gaji dua tiga ribu, tak kemana pun. cukup sekadar untuk makan pakai jer. hairan juga bagaimana mereka yang berpendapatan lagi kecil, menguruskan hidup dalam pesta naik harga sebegini.
Sangat berharap, agar mereka mendengar keluhan masyarakat seperti kami ini, bagaimana perit dan jerihnya untuk hidup. walaupun mustahil untuk pak pak menteri nak baca blog sampah sebegini!
Labels: barang naik
5 Comments:
be end...
perkataan sinonim yang selalu diberi adalah...harga di malaysia masih murah berbanding negara2 asia tenggara yang lain.
tgk propaganda masa kempen PRU nanti. depa akn compare harga McD di mesia, telen, singapore n manila.
alasan gini yang wat peniaga pon terikut2 folo pemimpin be end ajar tuh.
nk wat cmna ek...ikut je..
kita org bwh...merungut2..last kena beli gak..kurangkn mkn luar..kurangkn makanan n kurangkn membeli...uwa..uwa..grenti bdn solid pnye!!(coz nk diet ni....)
bro, tu la bila yg kurang cerdik jadi menteri... nak harap yg cerdik pakai duk bilik kuliah jadi pensyarah dan engineer saja...
ina, kita pulak parti gerakan, tak gerak tak makan!
waduhhhh....
iya bener pak.... barang naik...
barang naik rege pon naik...yang kaya terus kaya yang papa terus kedana. itu pasal enjin yang besar boleh simpan dalam kocek jer....
orang besar pikir nak makan siapa
orang kecik pikir nak makan apa
p/s: dengar kata ada alaun kita yang akan kena POTONG...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home