SERONOK KE TEMPAT KERJA?
seronok? ia sesuatu yang agak subjektif. Kadang-kadang suasana hari semalam mempengaruhi kita untuk ke pejabat atau tempat kerja pada hari berikutnya. Semalam seronok menghabiskan masa di pejabat dari jam 8 sampai jam 5 membuatkan kita tak sabar untuk menghabiskan hari berikut seperti sebelumnya.
bertuah mereka yang ke tempat kerja tanpa mengharungi kesesakan lalulintas seperti di bandar-bandar besar. Situasi ni juga mempengaruhi mood kita ketika melangkah ke pejabat. Tidak dinafikan kemarahan dan kebencian kita yang meluap-luap selalunya kita akan bawa terus ke pejabat tanpa meninggalkannya di mana-mana. Jadilah manusia yang neutral, walau dihimpit kenderaan lain, elaklah dan carilah laluan untuk menjahukan darinya. Jika ada yang memotong dari lorong sebelah kiri, juga biarkan, mungkin pemandu tersebut kecemasan dan perlu cepat sampai. pendek kata, apa sahaja yang bisa menggugat tahap kesabaran anda, biarlah. mungkin ada sebab mengapa semua insiden itu berlaku. Dan, anda tetap cool menghadapinya, itu baru sebenar manusia yang berjiwa kental!
Elakkan diri dari terpengaruh dengan provokasi jalanan.... dengan membalas hon, mengangkat tangan dengan jari tengah ditegakkan, hatta menyumpah dalam hati! nescaya jiwa anda tidak akan terganggu sepanjang perjalanan sehingga anda melangkah masuk ke pejabat dengan hati yang ceria!
Alhamdulillah suasana hidup di Perlis ini amat jarang sekali bertemu dengan perkataan kesesakan lalulintas ini, cuma sekali sekala berhadapan dengan pemandu sengal. Alhamdulillah, sekali lagi, kuliah untuk minggu pertama berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman berharga semester ini, berpeluang mengajar kelas Khas. kelas ini semua pelajar mempunyai masalah pendengaran (pelajar pekak). Terkial-kial nak bagi depa faham. maklumlah belajar bahasa isyarat pun 2 hari je.. pasti kena belajar ngan depa la... eh sapa yang ajar sapa ni?
Satu lagi benda yang unik semester ni ada satu kelas kembar tiga! pada mulanya ingat kebetulan nama mereka sahaja yang hampir sama, dan agak terkejut bila mereka mengakui mereka adalah kembar! patut la muka pun hampir sama... mereka ini tidak pernah berpisah, buat apa pun mesti nak buat bersama, hatta kumpulan mereka pun hanya terdiri dari mereka bertiga sahaja! cuma sempat berjenaka esok-esok jangan la plak suami pun nak share-share!
Tahniah buat kelas DNS 2B, DPM 2, DUP 2B, DIP 2A, DKM 2A, SKE 2A dan KHK 2 kerana anda memang di kalangan pelajar-pelajar yang terpilih!
3 Comments:
adanz pun di kalangan lecterur terpilih..intan terpilih;)dah puji nie..nanti jgn lupa belanja..hehe
Tabik la...
huhuhuhu
matagumbira... terpilih? sama jer mcm org lain.....
en taher, saya bukan pak tuan, takyah tabik pun takpa... hehehe
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home