Di Penghujung Sesi Jan 2008
sedar tak sedar, kita dah berada di hari terakhir sesi Januari 2008, dan hari aku dengar ada macam2 jamuan. hmmmm sib baik dapat gak jemputan dari JPA, buleh la makan free, itu lah selalu sifir yang dugunakan oleh 'orang bujang' macam aku ni.
di saat2 begini juga semakin byk perangai manusia yg terdedah dan aku pelajari. erti keinginan, minat, hasrat dan realiti menjadi pendorong utama.
ada yang bekerja kerana cari wang,
ada yang cari wang dengan bekerja.
ada yang bekerja dengan penuh tanggungjawab,
ada yang bertanggungjawab bila bekerja.
ada yang amanah dengan tugas,
ada yang hanya bertugas bila diamanahkan.
ada yang sudah letih dengan tugas,
ada yang tidak letih-letih dengan tugas.
ada penjawat yang selesa dengan jawatannya,
ada jawatan yang bukan boleh sebarang penjawat!
semua ini menjadi faktor dalam keseronokan bekerja.
Labels: kerja
1 Comments:
wah wah wah.... ate, baru balik dr terima anugerah ye.... tahniah le ye....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home