Thursday, October 21, 2010

Retinal Detachment

Allah nak bagi ilemu kepda manusia dengan berbagai cara. antaranya kita diuji dengan penyakit yang dengannya menyebabkan kita mula mencari dan mnegkaji apakah sebenarnya yang dialami.

 
Retinal Detachment atau kita sebut juga sebagai lekang retina menyebabkan kita boleh hilang penglihatan. Contoh mudah ialah bila kita memasang Projektor tanpa skrin, adalah mustahil untuk kita melihat imej bukan? itulah yang terjadi bila retina kita lekang dari tempat asal dia.

video di bawah ini menceritakan lebih jelas bagaimana keadaan ini berlaku dan jug kaedah rawatan yang dilakukan.


dan inilah situasa yang terpaksa saya hadapi yang menyebabkan blog ini agak terbiar.

Labels:

Friday, July 23, 2010

indahnya cuti!

dapat cuti sebulan, tapi tak boleh drive, tak boleh naik moto, tak boleh itu dan tak boleh ini. dah namanya cuti bersyarat, orang suruh rehat, rehatla. maka rehat la dengan penuh kebosanan duduk di rumah. sesekali terlanggar juga pantang, eh hampir setiap hari!

Labels: ,

Friday, June 25, 2010

sesi JUN 2010

Alhamdulillah, sesi pengajian baru bakal bermula minggu hadapan. dan sudah semestinya bermula la hari-hari yang menyibukkan. Beberapa subjek baru sudah pastinya yang memerlukan persediaan rapi. ye la takkan nak gi berperang tak bawak senjata kan? dan tidak lupa juga kelas pendidikan khas (deaf) yang telah ditukar ke sesi ini. semua hampir kelam kabut.

Retina detachment juga menghantui diri, doktor dah bagi tarikh untuk jumpa pakar untuk pemeriksaan semula, jika boleh, pembedahan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Labels:

Tuesday, May 25, 2010

Musim Pecah Kepala

Sekarang tengah berlangsung peperiksaan akhir bagi semua pelajar PTSS. Masing-masing memerah otak semaksimum mungkin untuk mendapat keputusan terbaik, jangan sampai pecah kepala sudah laa. Tapi yang tak hairan langsung pun ramai juga, sampai bila nak sedar.


dulu exam berpanas, sekarang nyamaaan jer.

mak aih, satu jawapan sebatang pen ke?

yang ni pun sama!

GOOD LUCK!

Labels:

Sunday, March 14, 2010

Chua's Farewell

setelah beberapa tahun bersama, maka tibalah masa untuk Mr Chua berhijrah ke tempat baru, walaupun berat hati katanya untuk meninggalkan kami, beliau harus meneruskan niat tersebut kerana memang itulah perancangan kerjayanya. Dengan pemergian Chua ini, unit Bahasa Inggeris kian ketandusan  tenaga pengajar selepas penghijrahan Puan Ruzlinda yang mengikut suami ke Shah Alam. maka kesan langsung yang diterima oleh tenaga pengajar Unit BI beban masa mengajar semakin bertambah. Kasihan juga tapi apakan daya, penempatan baru pun sudah agak lama tidak berlaku... maka tenaga yang sedia ada bertungkus lumus untuk menangani masalah ini.
puas aku rotate gambo ni... awat la dia nak duk lagu ni gak....

sabo ye mi, dan abe jak...

bos tengah bagi ucapan.

saki baki staff yang ada di petang jumaat, yg lain, taktau hilang mana...

menu yang 'tiba-tiba' ada pada petang itu
 buah yang sungguh indah dipandang lagi sedap dimakan!



apa pun... good luck untuk chua dan terima kasih diatas segala sumbangan anda selama ni, dah hilang sorang my fishing partner!


Labels: ,

Wednesday, February 24, 2010

BZ BZ BZ BZ dan BZ!

kuiz?
dah setel!

marking?
ada sket lagi!

PB? 
belum usik lagi!

ganti kelas?
pun belum habis!

KPI?
ada yang tercapai dan ada baru nak capai...

kadang-kadang terfikir bagusnya kalau ada banyak tangan macam Squidward!


Labels:

Thursday, February 18, 2010

Pensyarah Terpinggir

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my
2010/02/06

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun usaha mencari penyelesaian dan berunding dengan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menemui kegagalan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) akhirnya mendedahkan ‘derita’ dialami pensyarah politeknik dan kolej komuniti, petang semalam.

Seramai 8,499 pensyarah membabitkan 6,406 bagi politeknik dan 2,093 bagi kolej komuniti terbabit apabila Politeknik dan Kolej Komuniti dipindah dari Kementerian Pelajaran ke KPT sejak awal 2008 dan NUTP mendakwa, mereka tidak memperoleh apa yang dijanjikan serta dipinggirkan berbanding rakan seangkatan dalam bidang perguruan di sekolah menengah atau Kolej Matrikulasi dan Institut Perguruan. Presiden NUTP, Leftenan Komander (B) Hashim Adnan, mengakui pensyarah di politeknik dan kolej komuniti mengalami tekanan berhubung dua perkara iaitu perubahan sistem cuti serta kenaikan pangkat atau gred gaji dan terhadap desakan serta ugutan daripada individu tertentu supaya isu berkenaan tidak didedahkan kepada umum. “Sejak perubahan ke KPT, pensyarah wanita dan senior paling ramai mengalami tekanan sehingga mereka ingin kembali ke Kementerian Pelajaran berikutan membantah perubahan sistem cuti daripada semester kepada cuti tahunan kerana pentadbir hanya meluluskan cuti ketika keadaan tiada pengajaran dan pembelajaran, atas alasan kepentingan perkhidmatan. “Dari segi gred gaji pula, ia hanya indah khabar dari rupa kerana susah diperoleh berikutan syarat kenaikan pangkat amat ketat termasuk terpaksa membuat penyelidikan, penerbitan, kursus serta dan temuduga seperti pensyarah universiti sedangkan jawatan itu sama berbanding guru. “Walaupun ada dua laluan iaitu kenaikan pangkat secara hakiki dan secara mengisi kekosongan jawatan, mereka tidak diberi pilihan sebaliknya ditawarkan kenaikan secara hakiki dan sebahagian besarnya terpaksa dipindahkan ke tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengisi jawatan pegawai kanan di kolej lain,” katanya dalam sidang akhbar, semalam. Hashim berkata, NUTP sudah berusaha beberapa kali berbincang dengan pegawai KPT mengenai masalah itu dan sudah dua kali bertemu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin termasuk secara rasmi pada 2008 dan pertemuan biasa tahun lalu, tetapi isu berkenaan masih belum diselesaikan. “Apabila isu ini berlarutan, pensyarah terbabit mendesak NUTP dan mendakwa kami tidak menjalankan tugas.

Walaupun pada awalnya cuba menyembunyikan perkara ini, akhirnya kami membuat pilihan untuk membuat pendedahan kepada media. “Menteri melayan kami dengan baik dan memberitahu akan membantu tetapi kami tidak pasti pegawai KPT di peringkat mana boleh menyelesaikan masalah ini.

Malah, kita tidak pasti sejauh mana kecairan maklumat mengenai perkara ini apabila ia sampai di peringkat lebih bawah. “Dua minggu lalu, kami menghubungi pegawai KPT tetapi mereka kata tiada masa dan sibuk...selain memberi alasan ia berkaitan dasar dan di luar bidang kuasa serta memerlukan kelulusan pihak atasan untuk menyelesaikannya,” katanya. Hashim berkata, pensyarah terbabit seolah-olah kelas dua dan banyak masalah disuarakan mereka hanya diberikan janji tanpa penyelesaian sedangkan kebajikan golongan terbabit perlu dijaga bagi memastikan mutu tugas lebih berkesan sekali gus melahirkan graduan cemerlang. Beliau berkata, guru sekolah menengah mendapat banyak kelebihan dari segi kenaikan pangkat dan gred gaji walaupun mengajar untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedangkan pensyarah terbabit mengajar pelajar bagi diploma dengan sukatan pelajaran lebih susah.

Dari http://www.hmetro.com.my/

Labels:

Wednesday, December 16, 2009

Keindahan Yang Sebentar Cuma


hampir enam purnama juga hamba berlapang dada dan berlapang kepala dari segala urusan-urusan yang memnatkan otak, tugas baru yang sudah sekian lama di pikul serakan sungguh indah. Masuk kelas, keluar kelas, sediakan markah, terasa indah sungguh kerjaya hamba. Namun ia sebentar cuma, apabila hamba mula otak hamba disuap kembali dengan mitos-mitos dan dongengan yang tak berkesudahan...

OSHA

MQA

5S

SIRIM


sedikit... sedikit kepala (hotak) hamba sendat kembali, namun apakan daya, selagi ia bernama amanah akan hamba laksanakan mengikut kemampuan


Labels:

Friday, June 13, 2008

Di Penghujung Sesi Jan 2008

sedar tak sedar, kita dah berada di hari terakhir sesi Januari 2008, dan hari aku dengar ada macam2 jamuan. hmmmm sib baik dapat gak jemputan dari JPA, buleh la makan free, itu lah selalu sifir yang dugunakan oleh 'orang bujang' macam aku ni.
di saat2 begini juga semakin byk perangai manusia yg terdedah dan aku pelajari. erti keinginan, minat, hasrat dan realiti menjadi pendorong utama.
ada yang bekerja kerana cari wang,
ada yang cari wang dengan bekerja.
ada yang bekerja dengan penuh tanggungjawab,
ada yang bertanggungjawab bila bekerja.
ada yang amanah dengan tugas,
ada yang hanya bertugas bila diamanahkan.
ada yang sudah letih dengan tugas,
ada yang tidak letih-letih dengan tugas.
ada penjawat yang selesa dengan jawatannya,
ada jawatan yang bukan boleh sebarang penjawat!
semua ini menjadi faktor dalam keseronokan bekerja.

Labels: