Wednesday, July 9, 2008

kampungku yang permai...


nampak tak bukit tu? ha tu la namanya Bukit Yong... bukit tu la sempadan antara terengganu dan kelantan, jerteh dan pasir puteh. sebab tu la orang jerteh dan pasir puteh ni saling dekat di hati... huhuhu





ini tali air untuk proses pengairan dalam proses penanaman padi. tempat ni juga kami gunakan sebagai tempat mencuci badan selepas bergelumang dan berkubang dengan selut dan lumpur.


tiang kabel letrik ni dulu kecik je, bentuk mcm kapal terbang, sekarang dah beso, anak aku pangge menatang ni resakse.... hahahaha


ni la sawah atau atau kami pangge 'baroh' tempat aku bergelumang dengan selut tanah dalam proses menanam padi untuk dijadikan makanan yang kami makan hari2.




inilah kampung tempat kelahiran dan tempat prose pembesaran aku dijalankan. Kampung Padang Luas, 22000 Jerteh itu lah nama kampung yang tersurat dari dulu. byk nostalgia tempat ni, di sawah tu la aku pernah menjerkap ikan bersama arwah ayah, di situ juga tempat aku pernah bergelumang dengan selut tanah untuk menanam padi.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home