Ramadhan Al-Mubaarak
alhamdulillah... tahun ini kita berjumpa lagi dengan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu ramadhan atau bulan puasa. hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa... tahun ini aku berpuasa bersendirian. tiada anak isteri di sisi.
1st time puasa tahun ni aku bersahur kat wad di HUSM sebab menjaga ibu yang sedang dirawat. sedih bila mengenangkan ibu yang masih di katil wad, sakit jantung, masalah buah pinggang, darah tinggi, kencing manis, semua ada. aku pun agak kagum dengan kekuatannya yang diserang penyakit sebegitu rupa, masih boleh bertahan lagi, dan aku lagi kagum bila dia memang nak berpuasa pada hari itu. dia puasa, tp dalam pukul 1 tghari dia diserang hypo sebab inject insulin tanpa mengambil makanan. lepas dia terpaksa makan juga untuk mengelakkan hypo. sian mek, masa aku nak tinggalkan dia untuk balik ke perlis, dia mula menangis... dan aku pun mula sebak. harap-harap dapat bertemu lagi selapas ini.... ya Allah Ya Tuhanku, engkau sembuhkanlah penyakit ibuku ini.... amin.
puasa tahun ini aku rasa amat letih, maybe sebab badan aku x sehat. semalam aku drive dari kubang kerian ke perlis byk kali berenti baru sampai. ada kala aku xleh nak crive sebab mengantuk sangat, adakala sebab penat sangat. lepas berenti beberapa ketika, baru buleh teruskan perjalanan. aku terbayang mcmana rasulullah dan umat islam siap boleh berperang masa bulan puasa... mungkin iman mereka sangat menebal. dan hari ini hidungku mula mengeluarkan cecair2 yang menandakan aku sedang selsema... alahai nak kene spray lg le gamaknya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home