SEMALAM DAN HARI INI
Pagi semalam kami test nasi dagang di kedai yang baru dibuka di Changlun, menu ni cukup susah nak cari kalau belah utara ni. Yang ada di railway Arau pun tak terangkat mana. Tapi hak ni kira bulih wat penawar rindu nasi dagang kak mah kat kampung sana nun. Gulai dia boleh tahan tp nasi sedikit lembut. kalau 10 markah, aku berani letak 8, selera aku la!
Pagi ni ke nat (pekan sehari) pauh atau lebih dikenali dengan nama nat pokok getah, sungguh dan sangat kagum bila terjumpa dengan sahabat lama sedang berniaga ikan dan pokok. dah lama katanya berniaga disini, yang hairan tu hari ni je baru nak ketemu. yang lagi bangga tu dia merupakan seorang pensyarah di sebuah IPTA di Perlis ni... seorang pensyarah masih sempat berniaga, mungkin kerana minat dan keazaman yang tinggi.
saudara Faisal, orang Perak, Intrade KUSZA 1996-1999
last but not least, cuba perhatikan gambar dibawah. Mungkin anda pernah lihat di pasar malam pasar malam sekitar arau.......
kecanggihan teknologi... makcik yang main lagu sambil minta sedekah pun dah pakai thumb drive untuk simpan dan main lagu! maklong, lu memang cool!
Labels: macam-macam, makan-makan, sahabat
5 Comments:
Kedai baru buka Changlun? yang dekat Hotel Changlun, Taman Teja tu ke? Kalau 8/10 boleh pi cuba ni.
This comment has been removed by the author.
ha ah, restoran pakku kalau dari sebelah sini, dari highway tulis teratak bangau putih... ermmm untuk nasi dagang je, tu pun selera saya la....
dba, dio bowok sendiri ko viva tu? dunio ari ni ore sanggup buat apa saja....
Oooo saing demo kaaa.... dah lama dah dia kat situ... setakat ni dah banyak kali den beli barang dio tu. mulo2 dulu den boli pokok cili duo beg.... mati dah, sompek la makan hasilnyo. yang terbaru den beli 3 batang pokok betik yang hidup satu setengah... satu setengah lagi kena mesin dek orang yang mesin ruput kat belakang rumah.... huh hangin gua...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home