Thursday, April 29, 2010

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita ke Jurang Neraka

ketahuilah, seseorang wanita itu apabila tiba hari akhirat, dia akan menarik empat golongan lelaki bersama-samanya ke dalam neraka. Na'uzubiLlah hi min zaalik, kita sama-sama berdoa semoga dijauhkan oleh Allah dari keadaan tersebut. Ia suatu pernyataan yang menarik, bukan berniat untuk memperkecilakan gololongan wanita, sebaliknya sebagai ingatan kepada kaum lelaki supaya menjadi seorang memainkan peranan secara hak dan saksama terhadap golongan wanita. empat golongan tersebut ialah;

1. Golongan Pertama : Ayahnya

Apabila si ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. tidak memberikan didikan agama, tidak mengajar anaknya mendirikan solat, menutup aurat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah seronok dengan melimpahkan kemewahan dunia kepada anaknya.

2. Golongan Kedua : Suaminya

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, menghias diri bukan untuk suaminya tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Suami yang berdiam diri dan tidak menegur apabila isterinya tidak mendirikan solat, tidak berpuasa, dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka di akhirat kelak.

3. Golongan Ketiga : Abang-abangnya

Apabila ayahnya telah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita berpindah kepada saudara lelaki atau abangnya. Sekiranya mereka hanya mementingkan keluarga mereka sendiri dan membiarkan adik perempuannya terlencong daripada ajaran Islam, maka tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat kelak.

4. Golongan Keempat : Anak Lelakinya

Seorang anak lelaki yang sudah mukallaf bertanggungjawab untuk menasihati ibunya yang menyimpang daripada ajaran Islam, menghalang ibunya dari melakukan perkara mungkar seperti mengumpat, mengata-ngata dan sebagainya. jika dia hanya membiarkan dan tidak mampu menegah perkara tersebut, maka bersedialah untuk ditarik ke neraka di akhirat kelak.


Begitulah hebatnya tarikan wanita. Bukan sahaja di dunia mereka ini mampu menarik lelaki ke dalam kebinasaan, malah di akhirat juga! Golongan lelaki yang bergelar ayah, suami, abang ataupun anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dalam membimbing golongan wanita ke jalan yang di redhai Allah.

Usah takut ataupun bimbang untuk menegur mereka apabila tindak tanduk mereka tersasar dari ajaran Islam yang sebenarnya. dosa dan balasan siksaan akhirat mereka diberikan kepada mereka yang melalaikan dari tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada mereka.

Wahai wanita, kasihanilah ayahandamu, suamimu, kekanda-kekandamu, serta  putera-puteramu. dan kasihanilah juga dirimu sendiri. mudah-mudahan kesejahteraan di akhirat menjadi milikmu, ayahandamu, suamimu, kekanda-kekandamu serta putera-puteramu. berdoalah semoga kita semua tidak ditarik dan tertarik ke dalam jurang neraka Allah.

Labels: ,

Friday, April 9, 2010

Mee Rebus atau Mee Jusoh?

Jangan nak mengaku sebagai orang Besut jika anda tidak tahu kedai mee jusoh. Kedai ini memang tersohor sejak beberapa dekad. cuma operasinya terberhenti sebentar dek kerana masalah teknikal. dan selama kedainya tutup, Jusoh atau Pok Soh bekerja sebagai pemandu 'backhoe'. jika anda ke kedai tersebut, anda jangan lak berangan nak minum milo ais, atau horlick ais, atau juga neslo ais... kerana tukang airnya terlalu 'sibuk' membuat 'air'. Sehingga jika anda sudah habis sepinggan mee pun belum tentu lagi order anda akan sampai. Atau jika anda memesan air minuman, dan jawapan stereotaip yang akan anda terima antaranya "tukang air cuti la bang", itula jawapan yang selalu diberi oleh pekerjanya yang sebahagian besar terdiri dari anak-anaknya sendiri.

Setiap kali menjejakkan kaki ke bumi Besut ini, tidak sah rasanya jika tidak memecah selera dengan mee jusoh ini. Dek kerana kerinduan terhadap aromanya, maka kami cuba mencari sedikit maklumat tentang pembuatan mee ini. Selepas puas meng'google' dan bertanya dengan mereka yang tahu serba sedikit, (namun tidak terjumpa dengan mereka yang pakar!) maka dapatlah juga merasa mee rebus ala mee jusoh malam ini. walau rasanya tidak sehebat mee jusoh... namun cukup la sekadar pengubat rindu. dan tidaklah mengecewakan untuk percubaan kali pertama.

bahannya agak simple dan tidak perlu terlalu banyak, bergantung kepada citarasa masing-masing.

gambar model wajib ada walau tak sehensem mana...

alhamdulillah....


bahan-bahan;
Mee Kuning
Bawang Putih
Sawi
Halia
Bawang Besar 1 hiris
Telur 1 biji
Air Rebusan Daging
Sebiji Lada Besar dipotong
Ayam atau daging Dipotong Dadu
Tomato

cara-cara;
Tumis 3 ulas bawang putih,halia sehingga naik bau.Masukkan air rebusan daging,bawang besar,lada,sawi,ayam.Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya.Bila sudah masak masukkan mee kuning dan tomato yang dihiris.Makan masa panas.


selamat mencuba!  baru je berangan nak runtuhkan empayar mee jusoh, lepas wat sendiri, aku rasa mee jusoh jugak the best! 

Labels: , ,