Friday, June 13, 2008

Di Penghujung Sesi Jan 2008

sedar tak sedar, kita dah berada di hari terakhir sesi Januari 2008, dan hari aku dengar ada macam2 jamuan. hmmmm sib baik dapat gak jemputan dari JPA, buleh la makan free, itu lah selalu sifir yang dugunakan oleh 'orang bujang' macam aku ni.
di saat2 begini juga semakin byk perangai manusia yg terdedah dan aku pelajari. erti keinginan, minat, hasrat dan realiti menjadi pendorong utama.
ada yang bekerja kerana cari wang,
ada yang cari wang dengan bekerja.
ada yang bekerja dengan penuh tanggungjawab,
ada yang bertanggungjawab bila bekerja.
ada yang amanah dengan tugas,
ada yang hanya bertugas bila diamanahkan.
ada yang sudah letih dengan tugas,
ada yang tidak letih-letih dengan tugas.
ada penjawat yang selesa dengan jawatannya,
ada jawatan yang bukan boleh sebarang penjawat!
semua ini menjadi faktor dalam keseronokan bekerja.

Labels:

Wednesday, June 11, 2008

mata ku

mata ku semakin hari semakin kelabu, yang agak kritikal sekarang dia nampak macam ada bayang2 gelap kat tgh2. aku cukup risau, mungkin tuhan nak tarik balik ke nikmat ini... atau mungkin aku tidak akan menjadi bloggers lg selepas ini? aku dah sedia pakai spek tebai... aku mula pakai sejak umo 13 tahun skang dah hampir 18 tahun aku pakai spek. hmmmm tidak mengapa... jika ini ketentuan Ilahi kita mesti redho dengan pemberiannya..

Labels:

Tuesday, June 10, 2008

che gu Junaidah ( mcm pernah ku dengar nama ini......)

PART I

Che’gu Junaidah sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che’gu Junaidah akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che’gu Junaidah asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che’gu Junaidah menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che’gu Junaidah, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Junaidah telah bertanya kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che’gu Junaidah pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

PART III

Che’gu Junaidah sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV
Seperti biasa, Che’gu Junaidah nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Junaidah mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu memintamuridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!

PART V

Che’gu Junaidah: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che’gu Junaidah: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che’gu Junaidah: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che’gu Junaidah: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Labels:

ViVA ku eksiden


adeeeeh.... viva yg baru kelua kedai 3 bulan dah eksiden! apa jadi ni? hehehehe toh ler... kejadian ni berlaku 4 bulan lalu 21.04.08.... lepas hanta orang umah aku p keje aku lepak la pasai aku x keje ari tu. terpikir dalam kepala nak g minum di kuah, sampai kat traffic light kuah tu aku tgk lampu hijau dan masih ada 12 second untuk aku belah.... aku pun x tekan brek le terus ajer meredah simpang tu. sampai je tgh2 simpang kat petak kuning tu , sebuah motor melintang dari sebelah kanan, ya rabbi... mana sempat nak brek bang, terus aku belah le moto tu, melambung orang tu dan landing atas cermin depan aku lalu tergolek jatuh atas jalan. aku berenti gak la keta kan. org tu mcm nak bgn tp takleh bangun, dia duduk je. tp aku tengok semacam je orang tua ni ( orang tu alam 50-an kut). rupanya member tengah layan high (mabuk todi semalam tak abis lagi).

ni la scooter orang tua tu yang aku langgar tu. dalam tv selalu duk kata don't drink and drive, tp brapa kerat je orang nak amik port. geram betul wei ... rasa macam nak belasah je orang tu...


ni plak cermin depan keta aku. tempat retak tu la tempat kepala orang tu landing masa dia jadi superman sat td. kalu korang perati betul2. nampak ada sedikit rambut melekat kat situ... ha rambut orang tu la. berlubang gak la kepala dia aku tengok... tp elok je lagi sedarkan diri. sib baik lagi la, agaknya tuhan masih nak bagi dia taubat la kut.... semoga ALLAH bukakan pintu taubat untuk beliau ... amin... .

ni plak keta aku masa dalam rawatan, sebulan lebih gak la duk dalam wad.... dan sebulan lebih gak la civic aku jadi pengganti p duk langkawi .... huhuhu.

senarai kerosakan;
1. hood depan kemek.
2 fender kiri kemek
3. fender kanan rosak.
4. kaki lampu besar kiri patah.
5. kaki lampu kanan patah.
6. bumper depan pecah.
7. cermin besar depan pecah.
8. kaki kompressor air-con patah.
last2 siap jugak la kete aku setelah duk tekan bengkel tu suh wat cepat. sumer kos abis rm3k....

candat sotong

ni la pengalaman 1st time aku p candat sotong. pada 1 Feb 2008, Hairi aka abang pendek telah mengajak aku memfollow team candat sotong dari berjaya hotel langkawi. Pesta candat sotong ni ni di adakan setahun sekali di Pulau Lagenda ini. tahun ni memang rezeki aku la buleh p sekali. Aku memang dah berhajat lama nak candat sotong ni. abang aku selalu gak turun laut, tp bila aku kata nak ikut, ada je alasan dia.... orang dah cukup la, ombak kuat la, dan macam2 alasan lagi. agaknye dia takut jadi pape kat aku kut....
malam tu seawal pukui 6 ptg aku dah sampai jeti Kuala Chenang, semangat nak p menyandat ni!.. aku risau gak kut2 aku mabuk laut kan... tp alhamdulillah aku ni tak termasuk golongan jenis mabuk laut. solat sume atas bot, makan nasi bungkus kat laut bes rupanya.... hahahah memeng x dapat aku lupakan la.
thanx heri for giving me a chance.
hasil tangkapan malam tu tak seberapa. aku pun tak tau pasaipa, maybe port yg kami pilih tu kureng sket... tp aku tgk peserta lain pun mlm tu dapat tak banyak mana pun jugak.... sotong dah lena kat dasar laut kut. ( sori la gambo kurang clear, pakai kamera phone je...) ini la sahabat yg bawak aku p candat sotong, Mohd Hairi Bin Ramli no ic aku x ingat. dia ni memang handal bab2 menyandat ni termasuk la menyandat orang... hahahaha. skang mamat ni dah keje kat sunway lagoon, kalu korang jumpa dia, nanti kim salam ek, mudah je nak kenai mamat nih, org nya x brapa tinggi, ensem sket ja dan agak peramah la.



Friday, June 6, 2008

lawak biri-biri...

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan
semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama….__

wakakakaka

pagi jumaat

hmmmm alhamdulillah... dapat lagi kita melihat dunia pada pagi ini. Hari ini bermacam-macam hal duk bermain dalam batu jemala patik. Hari ini juga dua sahabat karib tak ade.. so aku lepak sorang-sorang. taiko p makan angin genting n key el, kj pencen lak p uruskan proses pindah bini dia... tinggal la aku sorang2 kat sini... sib baik anak bini ada lg... bley la wat teman bicara.

hari kedua selepas minyak jd rm2.70 seliter. Namun aku masih belum merasainya... sebab aku belum isi minyak lg hahaha. tp rasanya mcm hari ni nak kene isi la pasai nak p penen.

hari ni rasa busan giler nak p opis, tatau la pasaipa. maybe cemuih ka, tak larat ka. dan yg paling jelas sekali aku busan duk opis sorang2. opis aku dah la jauh dr orang lain, duk sorang2 dalam bilik, kadang2 rasa mcm duk dalam gua, kadang2 rasa mcm nak gile pun ada, hahahaha. aaaah aku tak larat dah nak merapu, kalu korang tak larat baca, takyah baca, blog aku sukati aku la nak tulis apa pun! miahahahaha....