Wednesday, May 11, 2011

Food Territory (Bab al-To'aam)

sate di Medan Sate Pasir Puteh, Kelantan. Masih menggunakan lidi sebagai pencucuk, menjadi antara menu wajib setaip kali berkunjung ke pasir puteh, rate 8/10

 Roti Tisu Restoran menarat Star, Changlun. budak-budak suka makan, rate 6/10.

 Char koey Tiaw Tok Wi, Batu 2, Jalan kaki Bukit, kangar, melimpah, RM5.00 sepinggan, rate 9/10.

 Steam Bot, Restoran Bonda, Pasir Tumbuh. pelik sebab dia buh terus dalam mangkuk besar, tp boleh la.. rate 7/10.

 Hot Plate, ada juga panggil sizzling yee mee, restoran derma Corner, Kangar. sedap juga, cuma satu pesanan kalau lepak derma corner ni. jangan la order sate dia, memang kau akan fail dan tobat menyesal... huhu. untuk hot plate ni rate dia 8/10. teringat hot plat medan selera taman Tun Razak, Alor setar, memang terbaik, tp dah takde sekarang.

 Char koey Tiaw telur ayam dibasuh, siap bagitau tu, yer la kan sesetengah orang mementingkan kebersihan dan syara compliance, jadi dia proaktif la. yang ni kami pekene masa kursus CPCM di PTSB, rasanya berbaloi juga... kedai ni ramai orang dan siap masuk paper lagi. rate 9/10.

 Capati Beseri, orang kata sedap turun temurun, jadi kami try pi cari la. rasanya biasa-biasa jer, ada pilihan kuah sardin, ayam dan daging. selepas risik2 rupa2nya dah tukar owner, patut pun... rate 7/10.

 Nasi Hospital, Hospital sultanah Bahiyah. eh ini pun masuk jugak ke? blog aku, sukaku diriku la hahaha, tp memang terbaik la masakan dia, selama 4 5 kali aku menginap di hospital ni, masakan dia memang tak pernah fail, nak nak kalau time menu minum petang ada kuih kasui, memang terbaik atas dunia aku pernah jumpa! rate untuk masakan HSB ini aku bg 9/10 (maybe tgh lapar kot, hehehe)

 Pulut Pagi, Kedai Tokwe kak mah, terletak di Kg Padang Landak, Besut, rasa dia memang nice gitu, tak jumpa lg yg lebih baik dari pulut ni. nasi berlauk di kedai ini juga menjadi pilihan ramai, tp jika anda hendak bungkus untuk anak yang ramai, fikirkan byk kali sebab harganya agak mahal. rate pulut ini 10/10.

 Pulut Mempelam, restoran Bunga Serai, Ulu Pauh, Perlis. ini kedai member, pelam dia guna pelam sala, kalau guna pelam Harum manis lagi superb! rate 10/10/




 Chim Chum, steam bot dan bakar, apa tah dalam bahasa melayu. menu ini kami tibai di Food Village, Kota Bharu. Puas hati sebab makan ala buffet, tibai sampai buntal, kanak-kanak sangat seronok sebab depa boleh makan tanpa had terutamanya crab stick. terdapat juga pilihan makanan berat yg termasuk dalam pakej buffet seperti, som tam, laksa, laksam, nasi goreng, mee goreng dan macam2. kalau pergi lambat alamatnya tunggu orang kosongkan meja la (berdiri) rate 9/10.

 Gulai ikan Temenung, Kuala Kedah, kedudukan dia betul2 di simpang nak ke yan jika dari Kuala Kedah, sila ambil ikan dan kuah gulai dalam mangkuk yang berlainan kerana dia akan memberi efek yang berlainan, sumpah saya pernah cuba! harga pun tak mahal mana, jika nak coordonat GPS pun saya bleh bagi, rate 9/10.

 Mee Udang Pak Ngah, Sungai Dua, Pinen. kami amik udang saiz sedang aja sebab seram sgt tgk rega dia... huhu, makin besar saiz udang lagi tinggi rega dia, siap boleh pilih udang dalam akuarium. tp sayang tekak saya bukan untu taste sebegini kut.. rate saya untuk menu ini hanya 6/10!


 Edlee fried Chicken, Kota Bharu, ada beberapa cawangan di Kelantan, rasa dia boleh la ala2 KFC, keluaran bumiputera, cuma kedai dia takdak ekon mcm KFC jer, agaknya sebab tu la dia boleh cut cost dan harganya memang murah. rasanya tidak mengecewakan terutamanya tengkuk ayam goreng dia yang tiada di KFC! rate 10/10,

 Tom Yam Kelapa Muda, restoran Bunga serai, mula-mula cuak juga nak rasa, tp member (Sabri) beriya suruh cuba. rasanya perkh.... memang lemak-lemak gitu.. rahsianya air kelapa muda dijadikan sebagai kuah tom yam. pure tom yam lak tu, rate dia 9/10

 Lala atau Retak Seribu masak lemak cili padi... perkhhh meleleh kena ni... restoran erm erm erm 

 Bawal Emas masak stim, ada orang panggil ikan angsa, ramuan agak simple, yang penting mesti ada sos nampla atau sos ikan baru ummph! yang ini pun kena tanya che jue!

 Mee Udang bawah gertak atau jejantas di changlun, member kata sedap tp mungkin nasib kami kurang baik, tak sedap.... pelik jer rasa dia...  rate 5/10

 Koey tiaw ladna, Restoran Sawaddi di seriab, kangar. puas hati gak rasa dia, tp nyamuk dia byk weh.. siap pasang ubat nyamuk situ. rate 9/10


Nasi Ayam goreng berempah tepi sungai Repoh, kangar. a.k.a nasi ganja, sebab rasa sekali nak selalu... budak2 pun suka, nasi dia makan saja pun sedap. dia jual kat stall saja, sebab tu kena bungkus makan kat umah. rate 10/10.

ini yang sempat kami rakam, sesetengah tu dah abis makan baru teringat nak snap gamba, hehehe .apapun rate dia adalah berdasarkan tekak kami, tekak mengkema, kome kene raser le sendiri! layaaaaaan!

Labels: , , , , , , ,