Friday, November 21, 2008

pengurusan / pentadbiran / kewangan

bermula dari minggu lepas, tiap2 hari aku call kewangan tanya cek OS42000 dah keluo belum. dan setiap kali itulah jawapan macam-macam aku terima. bos belum sain, belum anto ag, belum tu belum ni n bla bla bla. aku x paham la cara kerja depa buat ni. benda dah lulus dan aku tanya memula hari tu konfiden je cakap 4 hari bekerja bole siap. ni dekat 3 minggu dah... caterer duk bising dah.. nak wat pusing modal la apa la... lagipun tu hak depa la nak dapat bayaran, yang aku rimas cara depa ni... nak dulukan ngan det aku rasanya x termampu, byk weh! bukan sket2... nak kene wat post mortem ni gena nak setel problem yg sudah menjadi streotype unit kewangan.

Wednesday, November 12, 2008

sekadar renungan...

aku pernah dengar tuk guru kata kita hidup di dunia ni tak ada yang free.. semuanya kene bayar. hatta udara yang kita guna untuk bernafas ni pun kene bayar dengan pencipta-Nya. kalau itu pun kita kene bayar, apa sahaja yang kita mampu buat, kita hanya perlu membayar balik apa yang kita dah guna. udara yang kita hirup, air yang membasah tekak kita dan segala macam nikmat yang telah dilimpahkan oleh Allah Taala kepada hambaNya.
kalau dah sebegitu rupa, layakkah kita untuk berlagak "aku ada segalanya!"? hmmm ibarat kata nabil, lu fikir la sendiri.
cukupkah solat kita? cukupkah amalan kita? kerna itulah yang akan membayar segala apa yang telah kita gunakan selama ini. tidak ada kredit card atau kompeni yang boleh memberikan kredit untuk kita membayar segala nikmat tersebut secara hutang. segalanya perlu dibayar! hmmmm itu baru kita ungkit pasal hutang kita dengan Alla Taala, belum lagi kita ungkit hutang kita dengan manusia. ia bukan sahaja hutang wang ringgit, malah segala budi dan segala apa sahaja perlakuan kita dengan insan lain yang bergelar manusia bisa menambah hutang-hutang yang baru. menuduh orang orang lain melakukan kejahatan, menghasut orang lain untuk melakukan kejahatan, dan mengajak orang lain untuk melakukan kejahatan. itu semua hutang yang bisa membelenggu kita tatkala berada di hari yaumul miizan.

Monday, November 10, 2008

nasi kak wok

ada satu kedai dekat2 ngan HUSM kubang Kerian, kalu aku ke sana aku mesti pegi kedai tu makan nasi kak wok. selama 2 hari lebih aku duk di kubang kerian itu je menu yg aku makan, pagi nasi kak wok, tghari nasi kak wok, mlm pun kadang2 nasi kak wok. kalau sapa-sapa pi kedai tu, simple je, kat kedai tu ada sebesen nasik, sebesen ayam goreng dan sebesen dalca, ops semangkuk sambal! memang simple habis, tp ramai gile orang duk makan n bungkus wat balik.... masa aku nak balik perlis pun aku tapau 2 bungkus, makan masa travel satu dan sampai umah makan sebungkus lagi.... hai apa la kak wok buh dalam nasi dia tu....

2 kejadian hampir serupa....

semasa sampai di HUSM aku terus ke surau untuk solat dan selepas keluar dari surau ada sorang hamba Allah datang dekat dengan aku dan menegur cara aku solat.



kejadian kedua semasa bertolak balik ke perlis, aku singgah di hentian titiwangsa juga untuk solat. selepas solat ada seorang hamba Allah pun menegur cara aku solat. tp keduanya isu yg berbeza. cuma yang membuat aku musykil dan terfikir2 sampai sekarang ialah apakah hikmat di sebalik dua kejadian tersebut.

cuti hari jumaat ziarah bonda

hari jumaat baru ni aku cuti nak balik kampung ziarah bonda di HUSM, alhamdulillah kesihatan dia semakin baik. dan hari aku mau bertolak balik ke perlis aku di inform oleh doktor yg bonda sudah boleh discharge. hmmm bagus juga... tp 16hb ni nak kene admit balik untuk buat angiogram. adik aku cuba berunding ngan doktor untuk terus admit untuk angiogram. kebetulan ada kosong masa tu, terus doktor kata ok, so besok, 11.11.08 akan buat angiogram. harap2 semuanya ok la kut.

Monday, November 3, 2008

hari ni ada beberapa benda aku kene setelkan...
1st sekali soalan kuiz utk esok pagi.
then perancangan xtvt utk tahun 2009,
lagi kertas kerja untuk seminar minggu depan,
lagi kertas kerja untuk progran xpdc ilmiah dari PSA....
aku cuba setelkan satu persatu..... huhuhu nyerih gak weh....