Friday, July 23, 2010

indahnya cuti!

dapat cuti sebulan, tapi tak boleh drive, tak boleh naik moto, tak boleh itu dan tak boleh ini. dah namanya cuti bersyarat, orang suruh rehat, rehatla. maka rehat la dengan penuh kebosanan duduk di rumah. sesekali terlanggar juga pantang, eh hampir setiap hari!

Labels: ,

Friday, July 9, 2010

RESEPI AYAM BBQ BESUT MARI!!!

Dalam entri lepas, ada tayang gambo kami duk bakar ayam di kejiranan kami, pastu ada dua tiga orang duk tanya resepi dia. Jadi, disini patik persembahkan resepi untuk tuan hamba sekalian. sapa-sapa pun bulih buat resepi ni dengan syarat, bila dah siap bakar jangan lupa jemput saya atau hanto jer pengeras barang seketui dua, hahaha!

ini resepi turun temurun punya,


1 EKOR AYAM POTONG 12 (IKUT SUKA)

BAHAN MERINATE:
10 ULAS BAWANG MERAH
5 BTG SERAI
1 INCI HALIA
1 INCI KUNYIT
1 SUDU TEH JINTAN MANIS
1 SUDU MKN GARAM
7/8 SUDU MKN GULA
SERBUK PERASA (IKUT SUKA)

CARA:
BERSIHKAN AYAM DAN TOS
TIP: GAUL AYAM DGN SEDIKIT TEPUNG GANDUM DAN CUCI SEKALI LG UTK HILANGKAN BAU AYAM.
BLENDER SEMUA BAHAN MERINATE DGN SEDIKIT AIR. GAUL DGN AYAM DAN PERAP SEMALAMAN ATAU PALING CEPAT 4 JAM.
TIP: MASUKKAN AYAM YG DIPERAP DLM BEG PLASTIK DAN SIMPAN DLM PETI SEJUK.


p/s, pasal syarat dia tu memang serius, korang jangan main-main, kalau tak jadi ayam bakar korang, aku tak jamin!

Labels: , ,

Sunday, July 4, 2010

Terpercik lagi

Peluang untuk ke Terengganu cukup terbaik, sebab terlalu banyak kenangan di sini. Sahabat-sahabat lama juga ramai di sini. Jadi peluang ke sana pada cuti yang lepas saya sempat menyinggah ke rumah sahabat lama, Ustaz Farid Hilmi di Pengadang Baru. dan kunjungan kali ini amat bermakna kerana beberapa perkara, Pertama, kerana ini kali pertama kami sampai ke rumah barunya. dan kedua dan amat penting kerana mereka sudah hampir 'bertiga', alhamdulillah, lama dah tunggu tu. kalau ikut tuan rumah seperti ingin kami bermalam, tapi apakan daya, kami ada satu lagi tugasan untuk menyertai rombongan pengantin. dan tidak boleh lupa bila sampai rumah pengantin kenduri makan nasi dagang! tidak la kami arif budaya atau cara kehidupan masyarakat setempat. tapi bagi kami ia sesuatu yang agak pelik bila makan tengahari balun nasi dagang.
Ustaz Farid Hilmi Datuk Haji Embung

babang masih kagum dengan Vespa

bersama tuan rumah yang sudah 'bertiga'

"ni porch dok siak agi, Hummer H3 nok kuo doh"

Lawa sungguh rumah dia.... sempat lagi amik pelan, tapi gambo dalaman tak buh la, maleh nak minta kebenaran ngan tuan rumah, hehehehe.

Labels: ,