Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Al-Mubaarak

alhamdulillah... tahun ini kita berjumpa lagi dengan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu ramadhan atau bulan puasa. hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa... tahun ini aku berpuasa bersendirian. tiada anak isteri di sisi.
1st time puasa tahun ni aku bersahur kat wad di HUSM sebab menjaga ibu yang sedang dirawat. sedih bila mengenangkan ibu yang masih di katil wad, sakit jantung, masalah buah pinggang, darah tinggi, kencing manis, semua ada. aku pun agak kagum dengan kekuatannya yang diserang penyakit sebegitu rupa, masih boleh bertahan lagi, dan aku lagi kagum bila dia memang nak berpuasa pada hari itu. dia puasa, tp dalam pukul 1 tghari dia diserang hypo sebab inject insulin tanpa mengambil makanan. lepas dia terpaksa makan juga untuk mengelakkan hypo. sian mek, masa aku nak tinggalkan dia untuk balik ke perlis, dia mula menangis... dan aku pun mula sebak. harap-harap dapat bertemu lagi selapas ini.... ya Allah Ya Tuhanku, engkau sembuhkanlah penyakit ibuku ini.... amin.
puasa tahun ini aku rasa amat letih, maybe sebab badan aku x sehat. semalam aku drive dari kubang kerian ke perlis byk kali berenti baru sampai. ada kala aku xleh nak crive sebab mengantuk sangat, adakala sebab penat sangat. lepas berenti beberapa ketika, baru buleh teruskan perjalanan. aku terbayang mcmana rasulullah dan umat islam siap boleh berperang masa bulan puasa... mungkin iman mereka sangat menebal. dan hari ini hidungku mula mengeluarkan cecair2 yang menandakan aku sedang selsema... alahai nak kene spray lg le gamaknya.

balik kampung....

3 minggu yang lepas poli cuti... dan aku amik kesempatan ini untuk melawat orang tua di kampung. cadangnya nak balik perak dan terengganu sekali. petang jumaat 15 ogos kami bertolakdari perlis, lepas amik keta yg diservis.
di perak x ade crita sangat la.... then sampai masa hari nak balik terengganu ayah dan mak mertua nak ikut sekali, depa nak melawat besan yang dah lama duk sakit2... aku pun on je la. sebab bukan selalu dapat peluang depa tumpang aku balik sekali.
nak jd ceritta kami balik kut cameron highland, saja nak berjalan-jalan. masa berenti kat cameron tu aku dah rasa len mcm bunyi enjin keta, aku buka hood tgk enjin. ada kesan percikan mcm minyak gear, dan aku x tergerak ati lak nak cek mende2 lain. teruskan perjalanan sampai la lepas Gua Musang dan sebelum Manik Urai, aku tgk meter temperature dah pacak paling tinggi! aku mula gelabah, berenti keta mati enjin, buka hood. minyak gear bersemburan, air dari tangki radiator juga bersemburan... ya Allah, kene lagi.......
cek-cek, radiator sumbat dan air dah tembak pasai panas sgt... kene la cari radiator baru... masa tu dah kui 7 ptg... mana nak cari... call adik ipor suh mai ambik. kui seploh malam baru sampai padang luas, jerteh. kete aku tinggal kat pomen kampung kat situ.
2 3 hari jugak la nak nyetel bende tu... dah pasang apa sumer, tgk2 temperature naik lg.... rupa2nya head sudah bengkok. tinggai keta kat kampung suh pomen buat dan pinjam Waja kakak aku balik perlis.
kesimpulan, balik kampung ni yg paling parah dan sadis, penat badan dan poket pun pokai. banyak betul dugaan dan cabaran yg aku lalui, aku mula bermuhasabah, bencana apakah yang melanda aku.......