Wednesday, June 19, 2013

Salam Kasih Sayang

salam kasih sayang.

dalam hayat ini,
apa yang kita cari,
segala nikmat Tuhan beri..
hayat, keluarga, kesihatan dan kemudahan hidup,
tiap hari..

dalam sepi nyendiri,
apa yang kita cari,
nikmat dunia semuanya hilang pergi,
sungguh hanya rahmat cinta kasih Ilahi,
yang kita dambai.

dalam kesempatan yang sedikit,
marilah kita kembali,
kepada fitrah insan ke alam ini,
hayat ini, ibadat dan mati,
adalah kerana Ilahi.


credit -

Sunday, March 11, 2012

pilihan Jubah Muslimah untuk anda!

Assalam... untuk peminat-peminat jubah boleh pilih yang mana berkenan, senang cerita tengok, material kain tebal dan berat, memang sesuai untuk menutup aurat.

 Saiz 46 kod item JM02 RM120 (termasuk pos) 

 saiz 40 kod ietm JM03 RM110 (termasuk pos)

 saiz 46 kod item JM04 RM120 (termasuk pos)

saiz 42 kod item JM05 RM120 (termasuk pos)

saiz 42 kod item JM01 RM110 (termasuk pos)

stok terhad, jika berkenan jangan lengah-lengah ambik henset terus call atau sms ke 0195712117 (Adan). saya akan beritahu langkah berikutnya. selamat membeli-belah!

Labels: , ,

Tuesday, February 14, 2012

tahajjud disebabkan terkejut?


semenjak dua menjak ni, badan tak berapa sihat, nak kata demam tak macam demam, tapi badan sangat lesu. kelmarin selepas balik dari pineng, tido awal sebab penat sangat. Pada masa yang sama qadha tido yg tak cukup malam sebelum tu. Kesnya Daud duk mengamuk, tatau pasaipa, sampai kena kejut member tolong tengokkan. akhirnya dia lena selepas jam 4 pagi. Arakian selepas beberapa ketika beradu tadi, terjaga diri dah berada dalam bilik air, apalagi teruskan la buang apa yang patut, dan tidak lupa mandi wajib adalah sesuatu yang wajib setiap kali bangun pagi. tidak semestinya mandi wajib, hehehe... maka setelah siap pakai baju bagai, tgk jam tangan, MasyaALLAH..... jam baru pukul 2.30 pagi! hahahaha apa nak buat ni, setelah solat tahajjud sat (tu pun sebab terkejut!) lena la dulu, nak tunggu cerah sakan juga ni. bila sedar paginya, termenung sat, apa la alamatnya......

Labels: ,

Wednesday, October 12, 2011

Tamu Beradu


Di takhta saya di mana bermahkotakan kesakitan
onak dan duri menjadi tamu resah menyeksakan
 bisakah teguh asmara
 tanpa sinaran cahaya permata
bisakah akan lena sengsara terpisah selamanya
kilau mata pandai berpura memujuk hati ini
malam siang leka tergoda
sengaja membiar diri binasa
sampai bilakah kesilapan menjadi igauan
sehingga saya kepedihan kala beradu
perlukah saya menadah kerlipan bintang
hingga diri ini turut kecundang
mestikah cinta akan terluka tanda kehebatannya
sentuhan kali pertama sungguh berharga
akan saya abadikan selamanya
biar musnah biar nista geruh mendekatinya…..

Labels: , ,

Saturday, October 8, 2011

Jika, jika dan jika!

Jika sistem pengangkutan kita sempurna,

kita tidak perlu beli kereta,

jika kita tidak beli kereta,

kita tidak perlu bayar duti import dan duti eksais,

jika kita tidak bayar macam-macam duti itu,

kita tidak perlu berhutang,

jika kita tidak berhutang,

kuasa beli kita meningkat,

bila kuasa beli kita meningkat,

ekonomi kita akan pesat,

pastu sapa untung?

Labels: ,

Tuesday, August 23, 2011

Emas, emas!

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal -
"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

kali pertama saya mula menyedari harga emas ialah semasa terlibat dengan pengajaran Hudud, dalam bab mencuri. Pencuri tidak akan dipotong tangan jika bahan yang dicurinya kurang dari satu perempat dinar. Sukatan-sukatan lama seperti kolah, gantang Baghdad dan macam-macam lagi. Sukatan-sukatan ini agak mengelirukan kerana dimana kita nak cari gantang Baghdad? perlukah pergi ke Baghdad? sukatan metrik bg satu kolah, berpa liter? dan juga i dinar jika ditukar ke RM (bukan Rosmah Mansor ok!) jadi berapo rial? persoalan inilah yang telah membuka suatu dimensi baru dalam pandangan saya terhadap emas.

semasa semakan saya terhadap nilai dinar pada masa tersebut bernilai lebihkurang RM400, hari ini (23.08.11) 1 dinar (emas 916 seberat 4.25g) telah menjadi RM801.88!
Itulah kelebihan utama emas, tiada turun harga, naik lagi ada!
boleh semak harga emas dunia di sini
dan boleh juga semak harga emas semasa tempatan di sini

Labels: ,

Ramadhan yang pergi

cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita bertungkus lumus mengutip pahala dan ganjaran yang cuma datang setahun sekali ini. Jika ini Ramadhan yang terakhir buat kita, semoga Allah menerima segala amal yang telah kita kerjakan Ramadhan ini.


Ramadhan juga datang bersama kenangan. Terlalu banyak memori yang dikepilkan bersama Ramadhan. hampir setiap orang mengalaminya, alaisa kazaalik? teringat ustaz dalam kelas dulu selalu guna ayat tu.

Ramadhan 1432H ini datang bersama transformasi, dalaman dan juga luaran. transformasi luaran mungkin boleh dikongsi di sini antaranya, tahun ini kakak Iman mampu berpuasa penuh setakat hari ini, cuma sehari sahaja dia terbabas, terambil biskut yang diberi oleh penjaganya di tempat transit.

Tahun ini solat Eid di Setiawan, insyaAllah raya kedua bergerak ke Republik Padeluah. sayu mengenangkan Padeluah yang sudah tiada apa disana. masih teringat senyuman bonda menyambut kepulangan kami, girang bonda beraya bersama kami. Hari ini, kepulangan kami hanya disambut teratak usang tidak bertuan yang hanya menunggun saat 'reban'.


Labels: , ,