Monday, November 23, 2009

KEM PENGHAYATAN DAN KEPIMPINAN ISLAM 2009

Alhamdulillah... dengan berbekalkan sedikit pengetahuan dan kerjasama sahabat-sahabat, selesai juga lah kem untuk pelajar semester 1 PTSS ni. program ini asalnya idea spontan tetapi alhamdulillah sekali lagi kerana ia berjaya menjadi kenyataan. ini semua berkat sokongan dan bantuan yang tak ternilai harganya. ia berlangsung  dari 20hb sehingga 22hb november 2009 bertempat di PJ Sentosa Campbase, Puncak Janing. tempat ini berada 12km dari bandar Kuala Nerang.

dan sedikit tanda mata sebagai kenangan....
\/
\/
\/

Ketua Jabatan Pengajian Am, Ustazah Jamilah serius dalam perbincangan post mortem


perbincangan mengenai aktiviti sambil menikmati minum pagi... tu dia punya semngat hangkut sekali bala tentera


jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah la...


urusetia yang betul2 setia... ehem ehem, sorang dah berpunya sorang belum....


abe jak, antara penceramah yang bakal menempa nama di persada tanah air


tak kurang juga ustaz hasminuddin, sori la gambo tak clear sangat


antara penceramah jemputan dari Besut weh, jauh tu....


p/s - gambo ehsan dari DBA, timokasey da!

TAMATLAH SUDAH

ini event biasa setiap kali tiba musim mengawan cuti sekolah. dah jadi trend hari ini bila nak kenduri sahaja mesti mesti nak cari time ni, padahal dulu2 orang tak kisah pun nak kenduri bila-bila kan? tapi betul juga kan, alasan pun boleh terima juga la sebab ada yang nak tunggu anak cucu balik, yer la time cuti sekolah la anak cucu boleh balik lama sket kan...



dan inilah salah seorang sahabat yang menamatkan zaman bujangnya... dah bergelar Puan Norhafizah pada 14 november 2009 yang lalu. erm... tahniah, semoga panjang jodoh, umor, dan murah rezeki.

p/s - untuk abe jak pinje imej demo be... malah nok edit weh.....

Tuesday, November 17, 2009

PROFESIONALISME


bunyinye macam mudah, nak sebut pun tak susah, cuma sesekali tergeliat lidah bila disebut acap kali!
satu perkataan yang membawa seribu erti dalam dunia kerjaya.
jika anda memikulnya dengan anggapan bahawa ia satu beban, maka jadilah ia sebagai beban.
manakala jika anda melihatnya sebagai suatu keperluan? jadilah ia apa yang perlu dibuat
atau jika anda menganggapnya sebagai suatu amalan, maka terbiasalah ia dalam dunia kerjaya.  dalam dunia karier hari ini, rata-rata manusia inginkan pulangan(aku sebut sebagai gaji!) yang maksimum, dan rata-rata juga inginkan bebanan kerja yang minimum. sungguh tidak adil bukan?

ini situasi biasa bila bos membedak (membahagi tugas).. bermacam2 alasan dan helah untuk mengelaknya. kawan-kawan, nak bagi alasan bukan tak boleh cuma biarlah berpada. setiap kali ada arahan outstation, "oh, saya tak boleh, saya ada anak!"... hoi kawan, orang lain takdak anak ke?!!

"anak awak tak macam anak kita...." masih nak berhelah, "awat, cara buat anak saya tu tak sama macam cara buat anak awak???!!" ni dah kira tahap masuk hantu dah ni. tak mampu nak meneruskan kata-kata bimbang kalau-kalau terkeluar yang lagi kasaq orang utara kata. acapkali, hampir setiap kali, muak dah telinga aku dengar alasan sebegini. sampai bila????

Thursday, November 12, 2009

sebuah kerusi berharga rm500?



beginilah keadaan kerusi tempat duduk penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak akibat dibakar oleh penyokong ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu. Sebanyak 224 kerusi yang setiap satu berharga RM500 dikategorikan sebagai rosak, rosak terus, dibakar dan 'tumbang' akibat tindakan liar penyokong pada kejadian tersebut. 


KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Nasional mendapati kerosakan Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat keganasan penonton pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan Sabtu lalu bernilai RM214,000.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerugian yang paling besar membabitkan kerosakan kerusi tempat duduk penonton iaitu berjumlah RM112,000.
"Kerusi sahaja 224 buah rosak, ada yang terbakar, rosak terus dan 'tumbang', nilai satu kerusi ialah RM500 dan untuk kerusi sahaja nilainya sebanyak RM112,000.
"Pintu pagar untuk orang kurang upaya (OKU) rosak, pagar merah dan kuning juga rosak, tandas dalam stadium dan tempat letak kereta juga rosak dan jumlah kerosakan pada malam itu sahaja bernilai RM214,000," katanya sewaktu menggulung perbahasan peringkat dasar Bajet 2010 di Dewan Rakyat, semalam.
Pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu, Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun apabila menewaskan Kelantan 3-1.
Kemeriahan perlawanan itu bagaimanapun terencat dengan tindakan liar segelintir penyokong Kelantan yang membakar kerusi dan membaling botol air mineral serta mercun ke dalam padang.
Mengenai perbelanjaan membaiki kerosakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Ahmad Shabery memberitahu, ia akan menggunakan duit rakyat dan kerana itu beliau meminta semua penonton memikirkan kerugian yang akhirnya mereka sendiri yang tanggung.
"Stadium Nasional datang daripada duit rakyat, kalau stadium kena perbaiki, bajet datang daripada duit rakyat, sebab itu kita minta pihak penganjur dan penonton fikirkan supaya tidak berlaku lagi kerosakan," tegasnya.
Sementara itu, Ahmad Shabery tidak menolak kemungkinan kelakuan ganas pada malam itu mungkin disebabkan kerana ada penyokong yang mencampuradukkan politik dan sukan.
"Saya lihat penyokong banyak bawa lambang parti politik. Saya rasa pelik kerana ini merupakan sukan yang melibatkan orang ramai dengan semangat kesukanan yang salah satu cirinya ialah menghormati lawan.
"Tetapi apabila dikaitkan lambang kelab dengan lambang politik tertentu, itu mungkin sebabkan keghairahan dan kegilaan mereka untuk berbuat demikian seolah-olah kalau menang (perlawanan), menang parti itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau seterusnya berkata, penyokong Kelantan wajar menerima ucapan tahniah kerana membangkitkan semangat dan suasana baru dari aspek corak sokongan padu yang ditunjukkan mereka.
Mengenai cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) supaya diwujudkan akta bagi mengawal keganasan penyokong, Ahmad Shabery menjelaskan, beliau bersetuju dengan cadangan itu, namun ia akan membangkitkan persoalan sama ada keganasan seperti itu sentiasa terjadi atau kemungkinan besar berlaku.

sumber - Otosan 


p/s sebuah sampai RM500, ni yg buat ati gua pikir macam-macam!

Tuesday, November 10, 2009

AKHIRNYA...

dalam pukul 3 lebih tadi, bini aku call, gaya macam tak menyabar nak cerita, setelah ditenangkan baru la dia boleh bercerita kes perihal yg berlaku di sekolah hari ni. tu pun aku cuba la lekatkan phone kat telinga walopon sedang bergelumang menanda tugasan pelajar sambil telinga sebelah lagi mendengar sembangan kak ida. berbalik ceritany tadi, katanya maybe esok akan keluar paper lagi nama sekolah ni. dan malamnya sambil bercucuktanam dan memantau ternakan di fesbuk, aku terbuka Malaysiakini dan akhirnya....


Pelajar ponteng, parah terjatuh bangunan

Nov 10, 09 5:36pm

Seorang pelajar lelaki yang dikesan ponteng daripada menghadiri perhimpuan mingguan sekolahnya ditemui parah, dipercayai
terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Perlis itu dikesan gagal menghadiri perhimpunan pukul 8 pagi bersama seorang lagi rakannya.

Seorang guru menemui kedua pelajar itu bersembunyi di tingkat empat bangunan sekolah terbabit dan ketika dihampiri, keduanya dikatakan terjun dari bangunan itu pada paras ketinggian 12 meter.

Seorang ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan itu manakala seorang lagi tidak dapat dikesan, katanya.

Ismail berkata pelajar berusia 16 tahun itu patah paha kirinya selain mengalami pendarahan pada hidung dan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan. BERNAMA


gambar hiasan sahaja, cuba la bayangkan tingginya....

p/s hmmmm glamer betul sekolah ni, tiap tahun naik nama....

p/s 2 - kira nasib baik gak la budak tu terjun dari tingkat 4 cuma patah je.... selalunya abis nyawa la. 

Monday, November 9, 2009

Kalau Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

dalam masa melayan blog kengkawan, terbaca entri ni dan sungguh tertarik untuk mengepes di sini. pB, cek mohon izin mengepes di sini yer.....

kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka

Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini,
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT,
ustaz ni pun bagi la nasihat,
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya,
kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..
kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.
Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?";
tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.
Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.
Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..
semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


Assalamu'alaikum." 
 
sumber - http://pulutbakar2.blogspot.com/

Sunday, November 8, 2009

di mana hilangnya semangat kesukanan?



 

jika anda lihat gambar-gambar ini bukan dirakam di medan perang atau tempat berlakunya rusuhan, tetapi ia berlaku di stadium di mana sedang berlangsung temasya yang besar di negara kita malam tadi....

tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak atau pasukan, sekadar melahirkan sedikit rasa terkilan atas tindakan yang tidak mencerminkan semangat kesukanan dari kalangan peminat bolasepak sendiri.

adat permainan, ada menang, ada kalah, kalah tidak bererti kita gagal, jadi kenapa terlalu susah untuk menerima kekalahan?

berkali dipesan, berkali dilarang, bukan orang lain, tapi oleh MB Tuk Guru sendiri yang pesan tu. tapi masih di tahap yang sama.

wahai peminat bola kelate, sekali sekalo kito bulih masuk fainel, bia la jadi kebanggo'ae, jange jadi ore duk kecek sebak kito peranga huduh, ambo tokser komeng banyok-banyok takut ket gi jadi kih sensitif pullop!

jadi, samo2 la kito pikir adik kakok wei....

Thursday, November 5, 2009

apa beza WANG EHSAN dengan ROYALTI?

dua-dua sama = duit

wang ehsan = atas dasar kasihan

royalti = diberi atas sesuatu hak

Wang Ehsan @ Royalti = Pengiktirafan

aaaaaaah, aku pun pening!!!!!

Dasar Automotif Nasional

semalam Muhyiddin Yassin dalam berita mengumumkan akan mengkaji semula salah satu dasar dalam DAN tersebut. polisi untuk mewajibkan kereta berusia lebih dari 15 tahun menjalani pemeriksaan PUSPAKOM setiap kali memperbaharui cukai jalan akan dipertimbangkan semula. hmmm kalau dibatalkan polisi ini bagus juga.

tapi kalau dabatalkan terus pelaksanaa DAN ini aku kata lagi bagus, sebab sebagai rakyat kelas pertengahan, kami tidak nampak pun dimana kelebihan dasar tersebut. ia seolah-olah kelebihan untuk satu2 golongan sahaja. malas nak ulas panjang, titik!

Labels:

Wednesday, November 4, 2009

MEDICAL CHECK...

pagi td jemeruk nga abe jak, dia kata nak g wat medical check, kebetulan la pullop malam td tak makan dan pagi ni pun belum makan, so apa kata join dia sekali... heheheh cek BSP ( blood sugar profile) 6, staff tu kata ok lagi, padahal limit dia 6.1 je! hehehehe mulai hari ni kene kontrol sket makan. esok kene g lagi, malam ni kene posa dan esok kene minum ayaq gula, huhuhu ni yg x brapa nak sedap sket ni. sejarah aku kalau minum bende2 manis kompom sakit perut, ini lak nak kene minum ayaq gula, tak dapek den nak bayangkan.

balik poli, singgah cafe... order nasik ayam n teh tarik gelas beso... tu dia, 1st day pun aku dah GAGAL!