Monday, December 28, 2009

Hajat Yang Tertunai

semalam dengan ketibaan abe jak dari terengganu, membawa beberapa bungkus rojak kateh... sudah beberapa lama mengidami rojak ini akhirnya dapat juga merasainya. timokasey la abe jak weh. rojak kateh ni dibuat dari anggota badan lembu....


Siap order 5 bungkus!


fuh rasa dia.....


sempat juga menunaikan hajat untuk makan ikan bakar home made... rasa? boleh la buat mengubat sekali sekala teringin nak ke Restoran Nelayan atau linda di Kuala Perlis.


sempat juga membakar Lokching buatan sendiri...

Saturday, December 26, 2009

teknik meniup belon

meniup belon bukanlah calang calang pekerjaan. Tambah pula jika anda penghidap tegar asma, jauhilah dari berangan untuk meniup belon. Memang satu perkara yang susah bila belon itu terlalu tebal, tetapi ia akan menjadi lebih bahaya jika belon itu terlalu nipis? kenapa? sebab belon itu mudah pecah dan muka anda silap2 jadi mcm Pearl Harbour atau Hiroshima yang baru kene bom! jadi langkah keselamatan semasa meniup belon antaranya seperti ini



\/

\/

\/

\/

\/

\/

\/







.... ini dari pengakuan beliau sendiri setelah ditanya oleh bapanya akan motif belia beraksi sedemikian.....

Thursday, December 17, 2009

ENTRI TERAKHIR


hmmmm terimakasih buat sahabat taulan yg masih mengikuti blog hamba ini (ermmm ada ke?) ini merupakan entri terakhir dari hamba. bagi tahun ini. esok kita akan membuka lembaran tahun yg baru. semoga berkesempatan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun pada petang ini. semoga kesilapan lalu tidak diulangi pada tahun ini. semoga kejayaan lalu di perbaiki lagi pada tahun baru ini.

di kesempatan ini juga besarlah harapan untuk kita sama-sama mengingati perjuangan Rasulullah di dalam penyebaran agama Islam. Di sini lah kita boleh melihat konsep berundur tidak semestinya mengalah. Dengan pengunduran Rasulullah dan sahabat dari Kota Mekah ke Madinah bukan bererti kegagalan, tetapi ia lebih merupakan penyusunan semula strategi. ini terbukti apabila lebih ramai yang mengikuti dakwah Rasulullah di Madinah. keadaan ini menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadap Islam. inilah konsep yang sepatutnya kita ambil iktibar dan pengajaran.

'Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah" itulah kata-kata Rasulullah. Tetapi konsep dan semangat hijrah itu perlu ada dalam diri kita. Hijrah dari perkara yang kurang baik kepada baik, hijrah dari yang baik kepada lebih baik. barulah kita layak digelar insan cemerlang.












dan sekali lagi Selamat Tahun Baru Hijrah.... selamat beramal

pese abe jak - generasi ipod perlu berubah (selamat bercuti)

Wednesday, December 16, 2009

uʍop ǝpısdn

uɐuıɐןǝʞ uɐʞɐsɐıqɯǝɯ ıןɐʞǝs ıןɐʞǝs ˙ɐpuɐ uɐɹɐqɐsǝʞ sɐʇɐıp ɥısɐʞ ɐɯıɹǝʇ 'ʞɐpıʇ ɐʞ ɐɔɐq dnƃƃuɐs ɐdɯɐ ʇsǝʇǝƃu ʞɐu ɐɾɐs 'undɐdɐ ɐpɐ uɐʞnq ʞǝɔ ɹɐuǝqǝs ƃuɐʎ

˙˙˙˙ʞnʞıd ʞnɹıɥ ɐuɐsɐns ıɹɐp ıɥnɐɾ 'ɐƃuıןǝʇ uɐʞʇıƃuıqɯǝɯ ɐsıq ƃuɐʎ uɐıʎunq ıɹɐp uɐʞʞɐןǝ ˙ʇnʇɐd ƃuɐʎ ɐdɐ-ɐdɐ ʇɐnq ƃunqɯɐs ɥǝןq ɐן nɹɐq ƃuɐןıɥ nʇı uıuǝd nƃƃunuǝɯ ɐɹɐʇuǝɯǝs ɐɾɐs ɯɐıp ˙˙˙ɐןɐdɐ ɐʇɐʞ ʞnp ɥɐsʞoʇ 'uıuǝd ɐןɐd ıɐɯ ɐןıq ɐןɐʞǝs ıןɐʞǝs

Keindahan Yang Sebentar Cuma


hampir enam purnama juga hamba berlapang dada dan berlapang kepala dari segala urusan-urusan yang memnatkan otak, tugas baru yang sudah sekian lama di pikul serakan sungguh indah. Masuk kelas, keluar kelas, sediakan markah, terasa indah sungguh kerjaya hamba. Namun ia sebentar cuma, apabila hamba mula otak hamba disuap kembali dengan mitos-mitos dan dongengan yang tak berkesudahan...

OSHA

MQA

5S

SIRIM


sedikit... sedikit kepala (hotak) hamba sendat kembali, namun apakan daya, selagi ia bernama amanah akan hamba laksanakan mengikut kemampuan


Labels:

Tuesday, December 15, 2009

JANGAN INGAT LIRIK!





Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

sesiapa yang pernah hadir kursus BTN... lirik ini akan bermain di bibir peserta setiap hari sehingga tamat kursus, adakah anda masih ingat lirik ini untuk kita sing along?

tp kan cuba fahami bait-bait lirik ini, maksudnya cukup tersirat bukan...

Monday, December 14, 2009

SMS DURJANA

tengah asyik melayan youtube Wacana Perdana "Islam di Malaysia; Realiti dan Harapan" sambil menahan loya akibat ucapan dari Saudara Afandi Yusof, tiba henset cap ayam ku menyanyi riang menandakan ada sms masuk. no tertera, tiada sepatah nama, menandakan ia datangnya dari nombor yang tidak dikenali, mesej yang mampu ku baca, "Jikalau Anda Boleh Tahan Nikmat Koleksi Video Peribadiku Yang Hebat! Sila Balas Ya. Warning! Hanya Utk Umur 18 ke atas. Sender: +60134392714".............


lantas hatiku bereaksi, "CELAKA!"  amat memotong stim!

Labels:

GUAVA WITH DIP PEACH

ini adalah kesinambungan atau jawapan dari entri yang lepas, buah ini dijumpai di Padang Besar, Perlis dan dipercayai berasal dari Thailand jika merujuk kepada cara pembungkusannya. harganya RM7 sepeket yg mengandungi 5 biji buah jambu, rasanya sungguh enak, manis bersari, rangup tidak seperti buahan jeruk.




 bulat elok, sekali pandang seperti buah epal hijau.

 
buah jambu ini bersepah dengan biji, jika dalam keadaan biasa hampir tiada nilainya.

 
 rasanya rangup dan manis dan masih ada rasa buah jambu.

 

Labels:

SPR oh SPR

Pagi tadi berkesempatan ke Kangar, terlintas di benak untuk menukar pusat mengundi, ye la sebelum ni, jauh bebeno nak pi mengundi. PRU13 pun rasanya tak berapa lama lagi dah. sebelum ni pernah tanya kat Pejabat pos, dorang kata kalau nak daftar pengundi kene pilih pusat mengundi, kene ikut alamat tertera atas kad pengenalan. kalau nak daftar ikut tempat yg kita mau, kene pi terus ke pejabat SPR.

sekali makcik atau kakak kat kaunter SPR pun kata bende yg sama! mesti daftar ikut alamat atas kad pengenalan. kalau nak tukar alamat tempat mengundi, mesti tukar alamat atas kad pengenalan dulu. jadi aku perlu ke Jabatan Pendaftaran dulu untuk tukar alamat dalam kad pengenalan aku. Apa kes???

Tah hapa2 punya prosedur daaa depa pakai, apa masalahnya dengan alamat dalam kad pengenalan? sekarang kan kita dah ada sistem, tidak timbul jika dibimbangi orang itu akan mendaftar di byk tempat... loh! sekali lagi aku letih dengan birokrasi!

aku pun pernah terlibat dengan kerja-kerja culaan di beberapa tempat peti undi, sepanjang pemerhatian aku, ada nama yang orang kampung pun tak kenal... tu pun belum masuk yang nama ramai guna alamat yang sama, sedangkan tidak ada pun orang seramai itu di alamat tersebut! ha ni kira macammana? belum lagi kira nama orang yang dah meninggal pun masih ada dalam daftar!

sampai bila weh nak jadi laguni?

Thursday, December 10, 2009

BUAH APA?

kalau la tuanhamba orang yg handal, bijaksana, cendekiawan, berhati waja, badan perkasa, tulang besi urat dawai, cubalah tuan hamba teka buah apakah ini?