Wednesday, July 29, 2009

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

hari ni kebetulan keluar ke kangar, aku singgah di BIMB nak bayar hutang cc yg dah menimbun, selalu untuk urusan deposit kita kene mengadap mesin cash deposit je la. dah la mesin yg dua tinggai satu ja, org plak ramai duk beratur. arakian lama menunggu sampai gak la turn, cuma yang tak tahan tu sekali masuk duit, reject! masuk lagi , reject. nak kata mesin dah penuh ngan duit , ok je, selalu kan dia keluar servis tergendala sebentar atau under maintainance. aku try dekat lapan kali tak jadi gak cabut duit terus belah. hmmm aku bukan la nak kritik sangat tapi kenapa asal ada kaitan dengan Islam je mesti ada masalah, seolah2 sengaja nak sabotaj je. aku pun pernah gak urusan ngan bank lain, smooth je, jarang sgt nak problem. kadang tu naik heran gak, kenapa la service diorang ni teruk sangat ek... xde ke usaha-usaha nak improve bagi orang lain lagi senang dan bahagia ngan service depa. kadang tu juga mcm sengaja bagi masalah. pasni aku nak tukar akaun gaji ke bank lain, pastu cc pun nak terminate je!

Tuesday, July 28, 2009

KENANGAN BERSAMA ARWAH

tadi aku bermimpi bersama arwah ayah, cuba tido balik namun takmau lena, bingkas aku bangun dapatkan pc n cari gamba2 lama bersama arwah, jumpa la sekeping dua, leh gak menempek kat sini.
aku masih teringat, terngiang2 di telinga kata2 arwah tatkala aku datang melawat semasa beliau ditahan di wad Hospital Jertih. masa tu aku baru sampai dan hanya terdengar melalui tingkap,
mummy : mat de kato nok balik pagi ni, dio naik bah male"
late daddy : 'ho, de ko dok la nga dio nok abih ngaji..."
(my mum and dad are kelantese origin, so we speak kelantese fluently)
bila teringat dialog ni aku jadi sebak sorang2... selepas dialog inilah baru kutahu beliau sangat penyayang, sebelum ini kami sangkakan beliau jenis seorang tidak mengambil kisah. besar sungguh harapan arwah. dialog ni berlaku 9 tahun yang lalu. baru ku tahu, walopon dia seorang yg tegas, cengei dan bekeng, dia seorang yang penyayang. jarang cakap banyak, dia byk menggunakan bahasa badan, terutama tangannya. namun itu semua lah yang telah menjadikan aku seperti sekarang. dan aku bangga!


gambar ini diambil pada tahun 1996 dalam satu acara 'dismis' latihan rekrut.




retro, diambil dalam tahun 60-an dan hanya gambar gemulah mokwo(panggilan untuk nenek), gemulah ayah, mek dan abang2.

"ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunkanlah dosaka juga dosa kedua orang tua ku, Kau peliharakanlah mereka sebagaimana mereka menjagaku dari kecil" amin....

Monday, July 27, 2009

kakak bole berenang?

video

nah ibu lihat la hasil kekerapan anakmu ini ke swimming pool...

SATE KAK SITI

petang semalam wify balik, dapat weekend leave, dapat la melepaskan rindu ngan anak-anak barang sehari. sesi pagi dah habis dah habis di tesco alorsetar, sesi petang balik rehat, tinggal sesi malam. hmmmm apa aktiviti malam ni ek... tetiba... ada satu idea yang bagus! (dialog rutin kakak ngan babang!) maka aku pun;

hubby : ibu, babang kata nak makan sate!

wify : oh ya ka? ok jom

sian babang jadi kambing hitam! babang melompat bila dengar nak makan sate, lapar agaknya, sehari dah tak makan nasi. apalagi, cargas stat viva, civic rehat lak. terus tala ke Arau mencari sate Kak Siti.

orang kata ni la sate paling best di Perlis... bagi selera aku, aku setuju, cuma kuahnya belum dapat piawai, apa bole buat pilihan x banyak di sini, so hentam saja la. antara pilihan sate lain ialah sate solo di pekan Pauh, kalau balik kampung aku akan pastikan agenda membaham sate terselit dalam agenda wajib, selalunya sate pasir puteh yang jadi sasaran, pilihan lain sate lanang atau sate mastura di Jabi. huhuhu jauh lebih hebat dari sate kak siti ini.

dan kemuncaknya jika kami ke Kolumpo atau belah2 sana, kami akan pastikan dapat menjamah sate haji Samuri, sama ada di cawangan dia di Sg Buloh atau di HQ nya di Kajang, (fakta bernombor, semasa aku study di Bangi aku pernah menibai sebanyak 50 cucuk sate Haji Samuri dalam satu sesi! huhuhu) gila hantu sate betul la


Petua jika anda mahu makan sate dengan banyaknya ialah anda memerlukan teman yang sama selera dengan anda. antara teman sate ku (hak hak hak) ialah taiko aka Us Yasir, pantang ajak mesti jawab, jom! hahaha best! gambar di atas juga menunjukkan calon peneman sate ku pada masa akan datang, sekarang masih dalam kem latihan, tengok la bagaimana berseleranya dia membaham sate itu!

Babang sedang tekun menjalani latihannya, kelihatan kakak sedang memberikan sokongan moral, kakak hanya makan ala kadar, tiada bakat untuk menjadi teman sate ku!

buat Mata Gembira, ini bukan angkara virus M taw, tp virus B... BODEK! hahahaha

PERODUA VIVA NEW FACELIFT -ELITE




Perodua launched the new Perodua ViVA Elite today, aimed at offering the market a variant with a more stylish image compared to the original ViVA. It is an aesthetic modification in the style of the Myvi SE, and at the same time they’ve revamped the model line-up a little.The ViVA was first introduced with 660cc, 850cc, 1,000cc and 1,000cc premium variants. Now it has restructured the model lineup, offering the 660 BX MT, 660 EX MT, 850 MT, 1.0 AT, 1.0 ELITE MT, 1.0 ELITE AT, and the 1.0 ELITE EZi. That’s three different variants for the new ViVA ELITE.
Externally, the ViVA Elite has its own front bumper with integrated foglamps, front grille and its own engine hood design. On the side you’ll see chrome door handles, side skirts, and 14 inch 12-spoke alloy wheels. On the back you’ll see a new rear bumper with a honeycomb grille design, and the 1.0 ELITE EZi model (note, this is different from the ELITE AT) gets an additional rear spoiler. The windows of the ViVA Elite also feature a UV protection coating that is said to reject 91% of UV rays.
On the inside you get a new 1-DIN head unit with MP3 and WMA support, an underside tray under the passenger seat, seat backpockets, a new seat fabric design, and fabric trim on the door panels. All ViVA ELITE models will get seat height adjusters for the driver’s seat, and electrically adjustable side mirrors. On the ELITE EZi, these side mirrors are also electrically retractable and have integrated turn signals.


Only the ViVA 1.0 ELITE EZi gets a full load of safety features including dual SRS airbags for the front, ABS brakes, EBD and Brake Assist. Power steering is also only available on the ELITE models. The other non-Elite models are left with just basic features such as reverse sensors on the 850 and 1.0 model, and a CD player on the 660 EX, 850 and 1.0 model. The following are the prices for the new Perodua ViVA range including the non-Elite models:

-Perodua ViVA Elite M/T - RM37,900
-Perodua ViVA Elite A/T - RM40,900
-Perodua ViVA Elite EZi - RM44,900
-Perodua ViVA 1.0 AT - RM36,900
-Perodua ViVA 850 MT - RM32,900
-Perodua ViVA 660 EX MT - RM28,900
-Perodua ViVA 660 BX MT - RM25,300

sourced from http://paultan.org/

Sunday, July 26, 2009

Hujan tak jadi!

awan dak cukup larat, mandung dah cukup berarak, tapi apakan daya hujan belum mau turun untuk membasahkan bumi yang kian kontang...

Saturday, July 25, 2009

SELSEMA BABI MENERJAH PERLIS, BEWARE!!!



baru td dapat sms dari anak sedara yg duk study di UiTM Arau kata dia duk kat kampung sebab kampus dia ditutup kerna dah di serang H1N1! arahan tutup stat 27 julai - 2 ogos. untuk makluman, kampus ini hanya 9km jarak dari tempat tinggal dan kami bertugas.... hmmm ari ni aku baru je lega dari selsema , cuak juga kut2 la dah kene serang juga, kawan2 suruh juga pi cek, alhamdulillah ari ni dah lega. tp akan datang taktau la.... wana'uuzubillahiminzaalik...

preparing a breakfast

hari ni cuti. saje lepas belek blog kak asma, terasa nak buat breakfast untuk anak bujang n anak dara dorang tu, yang sebenarnya rasa malas nak kelua setiap kali nak makan, maklumla tukang masak sedang bz berkursus.



ni nama dia menu hentam saja.... hahahaha dalam tp kak asma kata egg benedict, tp masa aku cari dalam youtube, lain lak cara masak egg benedict ni.... hmmm hantam saja la labuuuuu
sekali..........................................................................\/
\/
\/
\/
\/
taraaaaaa
dah jadi menu roti hangus..... overcooked!!! hahahahahaha
\/
anak-anak..... mari makan, tengok baba masak apa ni... babang teruja tgk roti hangit, kakak wat muka tanpa perasaan tp teruja balik bila perasan ada telur, dia memang peberet telur.

Wednesday, July 22, 2009

KALAU SEPERTI SELALU

Kalau Seperti Selalu

Kalau seperti selalu kejut pagiku dengan ciuman mulus,
kalau seperti selalu seluar, kemeja kerja sudah tergantung bergosok,
kalau seperti selalu tali leherku disemat kemas di puncak leherku,
kalau seperti selalu kasut hitamku sudah berkilat di depan pintu,
kalau seperti selalu lelah dari kantor,senyum menyambutku pulang,
kalau seperti selalu makan minumku tersedia di serkup tudung saji,
kalau seperti selalu pakaianku berbasuh sidai berlipat tangannya,
kalau seperti selalu kemas rapi rumah syurgaku,
kalau seperti selalu terurus hidupku segala-gala.

Tika dia tiada
hidupku bagai mati
sunyi dan sepi.

Wahai isteri
kau kekasih sejati
temani aku di dunia
di syurga.

Rudy Bluehikari
Mingguan Wanita 14 Mac 2005

Monday, July 20, 2009

STEAMBOAT KA TOMYAM

hari ini perlis cuti, taktau nak buat apa. lepas minum pagi, kami rancang nak g Cmart, ermmm dipendekkan cerita, teringin nak makan steamboat (pelik kan namanya, my wify kata bot enjin stim, hahaha) ermmm apalagi belila barang2 keperluan. dari bahan tomyam hinggalah bahan2 steamboat ni, mcm bola-bola ikan, bola-bola ketam, kek ikan (fishcake), seb bek takdak bola-bola api, kalau ada mau masuk sekali dalam tu.
balik umah terus masak, mula2 rasa mcm tak best tomyam dia. mcm tak jadi... tak rasa mcm tomyam yg selalu kita makan. tapi bila dah masuk bahan2 n dah masak, masuk dalam mangkuk, hirup kuah dia................................................................................... ermmmmmmmm mabeles!!! sedap la pulloop!!!
dah nak abis makan baru teringat nak snap. almaklumla sedap hingga menjilat pinggan! huhuhu itu la lunch untuk hari ini!

Saturday, July 18, 2009

DURIAN + BUDU

woh, duk servey bolg sakni tertgk gamba ni di blog toknabe, pinje abe weh gamba ni semeta nok wak tunjuk ko saeng.... hehehe geno abe jak dok pecoh lio ko... kalu dok gak sajo la.....

ini antara yg dikenali sebagai pemecah selera, kalu takdak selera, ngadap menu ni tobat la pahtu bersandar ke dinding kekenyangan dan puas!

BAPA TUNGGAL

hari ni hari kedua sebagai bapa tunggal. tunggal ke tunggul? hehehe baru dua hari, masih byk lg hari yg perlu aku lalui tanpa kehadiran ibu mereka. hmmm my wife kene kursus 2 minggu, lama tu weh.


petang tadi sambil ronda2 aku ternampak kolam mandi yg kosong takdak org pulak ptg ni, kalu mandi ngan anak2 pun best gak neh, apa lagi terjun je terus ngan baju2 tu, hehehehe..... bos tumpang mandi sat, mana tau kut bos duk skodeng dari umah dia.



Tuesday, July 14, 2009

BELOG ABE JAK

ari ni aku terbaca blog abe jak, hok sebenarnya baca ari2, tp ari ni abe jak sunguh2 mengarang sapa bera air mato kawe be... yang sebenarnya perjalanan hidup kami hampir sama. cuma aku masih belum punya kekuatan untuk mengarang laksana abe jak.

tunggulah masa yang seswai. tapi kalu aku tulispun sapa sgt yg nak baca kan? setakat tulisan meraban tahap budak darjah 5 belum lepas UPSR! kembali kepada abe jak, aku amat tersentuh kerana aku juga pernah melalui zaman hanyirnya selut sawah, busuknya tahi getah, panasnya padang rumput.... sumernya aku pernah lalui dan aku dapat merasainya sendiri.

sekarang semuanya seolah2 indah dan segala yang pernah menjadi hanyir dan busuk terbau2 seolah wangian bidadari. tiap kali balik ke kampung aku akan cuba sawah untuk memalit kembali memori lama, menghirup kembali bau selut sawah... nak hirup wanginya getah dah tak boleh dah sebab sumer dah tebang dah.

ketahuilah abe jak, aku juga bangga kerana menjadi seperti ini sekarang. cuma sedikit terkilan kerana arwah ayah kawe tak sempat melihat kawe sampai ke tahap ini. sekalung al-fatihah untuk ayahanda dan sekelumit doa untuk bonda tercinta.... .... amin...

CAREER PATH COMPETENCIES MATRIX

ni kursus CPCM yang pertama aku nak ikut, kali ni kene di sungai Petani. tajuk kursus kali ni Research Methodologi 1. hmmm kursus lain yg aku nak sgt tp dpt yang lain, ikut je la, apa boleh buat, SYMP!
baru lepas cek in di hotel seri malaysia sungai petani, seb bek leh cemei wireless... tapi terlupa daa nak bawak bateri laptop ( seb bek kabel x lupa) seb bek saje! adeeeh sekali kabel hset kamera cap kambin gurun aku ni pun tinggai, huhuhuhu celaru sungguh jiwa ini! so untuk 2 3 ari ni posting tanpa gambir ek.
cis, peta ini tak membantu langsung... nasib gak ada google map, nampak clear sket, dan sekali lagi nasib baik bandar SP ni x besar mana, hehehe... alhamdulillah....

Monday, July 13, 2009

NEW FACELIFT

korang ingat kereta saja ada facelift? hmmm sajer try template baru, ramai sgt dah kawan2 duk pakat tukar. lagipun orang kata warna hijau ni menyegarkan dan mengurangkan mudarat kepada mata kita... any response?

Saturday, July 11, 2009

SPEK KU PECAH!

adeeeh aku masih lagi depressi atas kejadian tersebut, petang tadi semasa nak meronda ngan moto, kakak telah melompat sambil merabat aku, dan sekonyong-konyongnya tertepis spek ku itu lalu melepek jatuh atas simen, huhuhu duit lagi nak buat spek baru, harus la aku jalan meraba selama seminggu!


POSING MAUT BABANG

kejadian ini berlaku secara spontan di rumah kami, babang makan nasi goreng atas belon???? huhuhu x dapek den bayangkan.... macam2 la perangai budak ni, kadang2 tu gelak sorang2 je tengok gelagat dia. sori sebahagian dari gamba terpaksa di sensored untuk melindungi burung beliau yang semakin membesar... hahahaha sian babang!

Friday, July 10, 2009

TERKINI DI PTSS

nampaknya demam memancing di tasik PTSS semakin reda, dengan bilangan pemancing dah semakin berkurang walopon alqodahi baru nak stat mancingn joran barunya. ini kerana sesi baru pengajian sudah bermula, makanya ramai pensyarah mula sibuk dengan kelas dan tugas harian yang membutuhkan masa yg lebih.
bad, chua dan miji antara pemancing tegar.

joranku bernilai limabelas hengget dengan mangsa pertama... joran lama simpan, hehehe

di saat gambar ini terakam, kelihatan nuafzan terlompat2 kegirangan dengan si Aqeel, "aboh dapak ikang yeyeh, aboh dapak ikang yeyeh!"... suker hangat yyer, sebak lamer doh dok ngail... (sila baca dalam loghat tganu dan lebih tepat kerteh.)

Monday, July 6, 2009

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Malam masa menulis entri ni sepatutnya aku sedang mendengar housekeeping di Klana resort, seremban, tapi takdir tuhan tulah tersurat bahawa aku hanya mampu mengadap laptop buruk ni untuk menghabiskan sisa malam ini. Aku cuba sedaya upaya untuk kesana, persiapan fizikal juga minda telah secukupnya, tapi hanya kerana sedikit masalah yang kecil sahaja, makanya terpaksa segala rancangan ku berubah. buat abe jak, kawe mitok mahap bebanyak atas kegagalan ini. kawe menanggung sepenuhnya tanggungjawab ini. kawe sebak masa anta syauqi ke pasti pg tadi, dia bergayut kat kaki tak mau baba tinggal katanya, cikgu dia kata dia menangis sampai muntah2, hai sian anak2 zaman sekarang... selalu kene tinggal. minggu depan Sg Petani, dan minggu depan sekali lg Genting pulop!

Friday, July 3, 2009

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.
Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.
Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.
Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.
Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!
Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.
Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.
Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebahagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.
Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.
Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Thursday, July 2, 2009

jawapan...

huhuhu sian ada yg pikio sampe penin paler, nih teman bg ler jawapannye...

JAWAPAN :
1.Sebab cinta itu buta
2.LU BANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik
3.MINYAKsikan pertandingan bola sepak Liga-M
4.Kuih salah bikin
5.Kuda belang, cube kira berapa black belt dia ade
6.Yang menemukan dompet kulit tersebut sila pulangkan kepada saye
7.Pintu yang ade tulis 'TARIK'
8.Pembohong...
9.Usus
10.Kutu rambut
11.Neneknyer si katak
12.Sbb lelaki ni kan 'buaya'
13.Sekretari baik... ... ... ... 'Selamat Pagi Tuan' Sekretari kurang baik... ... 'Dah pagi ni tuan' 14.Tukang gali kubur
15.Tahi hidung
16.Dua-dua klau dah 'krinngg' boleh diangkat
17. dgn susah payah... .

hehehe tahniah kepada pemenang...

CEKAP KE KORANG?

ha nak tau ke dak anda betul2 cekap? sila jawab beberapa soalan berikut dalam komen anda... soalan2 ini mungkin anda sendiri pernah jumpa jawapan akan menyusul kemudian. hadiah nya ialah...

soalannya berbunyi:

1.Kenape org baru bercinta suka meraba-raba?
2.Lubang ape yang rasenye hangat, nikmat dan nyaman?
3.Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
4.Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya diluar?
5.Binatang ape yang power Karate?
6.Siapa yang menemukan dompet kulit?
7.Pintu ape yang walaupun dgn 10 org pun tak leh nak tolak?
8.Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki... siapakah saya?
9.Apa dia 'Jauh dimata, dekat dihati'?
10.Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala
11.Nenek sape jalannye meloncat-loncat?
12.Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gile?
13.Ape beza sekretari baik dgn sekretari kurang baik?
14.Tukang ape yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas
15.Nak mencari sikit punye susah, dah dpt buang.. ape bendanyer
16.Ape persamaan kain jemuran dgn telefon
17.Gajah terbang dgn ape?

hehehe selamat menjawab...

CINTA DAN KENTUT

tiba2 teringat kisah semasa berkursus... cinta dan kentut. kalau korang boleh bayangkan apa yang ada dalam kepala aku sekarang neh, sila respon. apakah persamaan antara cinta dan kentut?.... hehehe mano abe jak , pakar neh


hmmmm jawapannya sila rujuk komen...